ARKIB : 29/08/2012
Pemaju didakwa lepas tangan
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Penduduk di Town Villa, Taman Bukit Cheras, di sini merungut kerana berlaku kerosakan pada rumah yang mereka duduki sejak dua tahun lalu dipercayai disebabkan kerja-kerja pembinaan yang tidak sempurna.
Seorang penduduk, Lee Kim Chuan, 53, berkata, jubin pada bahagian luar rumahnya telah rosak dan terkeluar walaupun belum dua tahun menetap di rumah itu.
Katanya, dia yang tidak berpuas hati dengan kerja-kerja pemasangan jubin yang dianggap tidak sempurna itu telah membuat aduan pada pemaju kira-kira dua bulan lalu.
"Bukan sahaja saya terpaksa menunggu jawapan lebih sebulan lamanya, tetapi lebih mengecewakan alasan yang diberi pemaju ia bukan lagi dibawah tanggungjawab mereka," katanya ketika ditemui di lokasi di sini baru-baru ini.
Menurut Khim Chuan, pemaju memberi alasan bahawa rumah ini sudah tamat tempoh liabiliti, jadi pemaju tidak bertanggungjawab dalam hal itu.
Utusan Malaysia difahamkan, selain masalah keretakan jubin, beberapa unit kediaman di kawasan di situ mengalami kebocoran pada bahagian dinding sehingga menyebabkan setiap kali hujan dinding diresapi air.
Sementara itu, Pengarah Pusat Perkhidmatan Parlimen Bandar Tun Razak, Lim Heng Lin berkata, dia telah menghubungi pihak pemaju dan meminta agar rumah penduduk terbabit dapat dibaiki.
Beliau berkata, bagaimanapun pihak pemaju mahu menyemak dahulu mengenai perkara itu.
"Pemaju haruslah bertanggungjawab dalam hal ini kerana penduduk telah menjelaskan masalah jubin itu adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan yang kurang baik.
"Sekiranya pemaju mahu menyelesaikan perkara ini dengan baik maka kita akan berterima kasih dan jika tidak kita akan fikirkan langkah seterusnya," ujarnya.
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Persatuan teksi sambut baik
27,000 pengguna terjejas akibat paip air pecah di Klang
DBKL, YWP bantu keluarga mangsa kebakaran
Undang keresahan orang ramai
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









