ARKIB : 28/08/2012
DBKL laksana pagar berpalang
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperkenalkan satu sistem komuniti berpagar di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) dalam usaha mempertingkatkan tahap keselamatan di kawasan perumahan tersebut.
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Sukiman Surahman (gambar) berkata, pada masa ini, PPR Desa Tun Razak akan menjadi perumahan pertama untuk projek ini dan dijangkakan akan bermula minggu depan.
Menurutnya, sistem itu diperkenalkan bagi menjadikan PPR dan PA lebih selamat dan bebas daripada sebarang kegiatan jenayah melalui pemantauan yang dilakukan.
Menurutnya, pagar berpalang akan dibina pada pintu masuk ke setiap PPR dan PA terlibat dan hanya kenderaan berpelekat DBKL sahaja yang akan dibenarkan masuk.
"Memang sebelum ini DBKL telah memperkenalkan pengguna pelekat parkir untuk sebuah kenderaan bagi setiap unit tetapi ia dianggap kurang berkesan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Menara DBKL, di sini.
Menurut Sukiman, sebelum ini terdapat beberapa kes kejadian orang luar yang memasuki kawasan PPR/PA dan terlibat dalam kes jenayah seperti pergaduhan dan membakar motosikal.
"Jadi dengan adanya sistem kawalan ini, diharap tahap keselamatan penghuni dapat dipertingkatkan melalui pemantauan keluar masuk orang ramai di kawasan perumahan mereka," katanya.
Beliau menambah, sebanyak RM1.16 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan pagar berpalang melibatkan 62 daripada 81 kawasan PPR/PA di ibu negara.
"Pelaksanaan ini akan melibatkan kerjasama daripada persatuan penduduk, Kawasan Rukun Tetangga dan juga anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
"Cadangan mengenai perkara ini telah pun dibincang dengan persatuan penduduk dan mereka juga menyambut baik sistem yang akan dilakukan ini.
"Sebenarnya penduduk selama ini, marah kepada DBKL kerana tidak tegas dalam penguatkuasaan seperti pelekat kereta. Tapi apabila pagar berpalang ini siap nanti pemantauan akan dibuat bersama dengan persatuan penduduk sendiri," ujarnya.
Bagaimanapun, kawasan perumahan yang mempunyai terlalu banyak jalan masuk dan akan melalui pembangunan semula seperti PA Seri Johor dan Seri Pulau Pinang tidak akan terlibat dalam projek ini.
Bazar Ramadan: DBKL nafi ada penyelewengan
Kraftangan Malaysia anjur pameran, jualan hasil seni di Kompleks Kraf hingga Isnin
Manfaat kepada jemaah
Tindakan undang-undang diambil
Pembangunan semula Kampung Baru akan dipercepatkan - Tengku Adnan
Festival Belia Putrajaya 2013 sedia terima kehadiran 'lautan' anak muda
Lesen bazar Ramadan dijual?
Tengku Azuan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan
MPK adakan kempen hormati pejalan kaki
Syabas hargai 30 pelanggan prihatin paip pecah, bocor
Tingkat mutu kerja demi PDRM
Terowong jadi 'tasik'
Mahu KL selesa, bersih didiami
Penduduk terasa 'kehilangan' Nong Chik
Lagi 5,000 unit rumah mampu milik akan dibina
Jalan rosak di Setiawangsa akan diselesai segera
Bekas anggota tentera diseru jadi ahli PBTM
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









