ARKIB : 18/08/2012
Rembang Syawal sasar jualan RM400,000
TANJONG KARANG 17 Ogos - Program ‘Rembang Syawal’ yang dijayakan oleh pengusaha produk industri kecil dan sederhana (IKS) di daerah ini dan Sabak Bernam sepanjang bulan ini meletakkan sasaran untuk mencapai nilai jualan sehingga RM400,000.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, program tersebut merupakan inisiatif kementeriannya menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) bagi membantu para pengusaha IKS di dua daerah berkenaan memasarkan hasil mereka.
Beliau memberitahu, program yang diadakan setiap tahun sejak 2011 itu mendapat perhatian orang ramai terhadap produk keluaran pengusaha IKS tersebut yang terdiri daripada makanan, pakaian dan sebagainya.
“Tahun ini, sebanyak 13 peserta terlibat membabitkan 22 gerai yang mana kesemua mereka adalah terdiri daripada usahawan serta pengusaha IKS di kawasan Tanjong Karang dan Sabak Bernam.
“Sasaran nilai jualan itu berkurangan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM1 juta kerana penyertaan peserta yang kurang pada tahun ini," katanya.
Terdahulu beliau melawat tapak jualan program Rembang Syawal yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsuddin Lias.
Pada majlis itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang turut menyampaikan bantuan kepada 40 orang anak yatim dari kawasan Sekinchan.
Mahu KL selesa, bersih didiami
Penduduk terasa 'kehilangan' Nong Chik
Lagi 5,000 unit rumah mampu milik akan dibina
Jalan rosak di Setiawangsa akan diselesai segera
Bekas anggota tentera diseru jadi ahli PBTM
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









