ARKIB : 18/08/2012
Kedai perabot tipu pelanggan?
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Tanda harga yang dipamerkan membuat ramai yang terasa ingin membeli.
Walaupun perabot di rumah masih elok, tetapi tanda harga itu mampu membuatkan wanita terutamanya teruja untuk mengunjungi kedai-kedai yang menjual peralatan itu, terutama untuk menyambut Aidilfitri.
Namun, tidak ramai yang sedar pada hakikatnya harga sebenar perabot berkenaan lebih mahal daripada yang diuar-uarkan.
Tinjauan Utusan Malaysia ke kedai-kedai perabot sekitar Ampang mendapati, terdapat papan-papan tanda harga di hadapan kedai perabot yang membuat tawaran cukup istimewa dan pasti mengujakan.
Bayangkan satu set sofa berharga RM99 dan set bilik tidur hanyalah RM220. Angka itu sudah pastinya memikat orang ramai untuk singgah ke kedai-kedai perabot.
Penulis yang kemudiannya berpura-pura mahu membeli barangan di salah sebuah kedai perabot mendapati, harga perabot jauh lebih mahal daripada apa yang ditawarkan.
Apabila ditanya mengapa harga promosi rendah sedangkan apabila mahu membeli harga menjadi lebih tinggi, seorang pemilik kedai perabot yang hanya mahu dikenali sebagai Anne berkata, harga menjadi tinggi kerana caj penghantaran dan caj tempahan tidak termasuk dalam harga promosi.
“Kami bukan mahu menipu, tetapi ia taktik biasa bagi kedai perabot untuk menjual barangan mereka.
“Jika letakkan harga sebenar, pasti tiada siapa yang berminat mahu mengunjungi kedai kami," katanya.
Sementara itu, seorang pembeli, Zaitun Daud, 43, yang berasa tertipu dengan harga promosi tersebut berkata, sudahlah harga sofa yang dibelinya jauh lebih mahal, malah tempoh penghantarannya juga mengambil masa yang panjang.
“Kira-kira sebulan kemudian baru barang tersebut sampai.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila mahu membeli perabot untuk memastikan tidak tertipu lagi dengan harga promosi yang dipamerkan," katanya.
Zainun Mohd. Abas pula berkata, kedai perabot tidak sepatutnya meletakkan harga promosi yang berbeza dengan harga sebenar.
“Kalau nak menipu pun janganlah sampai keterlaluan. Contohnya set sofa RM99 tetapi bila nak beli harga jadi RM250.
“Saya bernasib baik tidak tertipu dengan taktik kedai-kedai perabot tersebut," katanya.
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









