ARKIB : 17/08/2012
Tujuh Orang Asli di Kuala Langat dapat rumah baru
KUALA LANGAT 16 Ogos - Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sudah pasti begitu bermakna bagi tujuh orang mualaf Orang Asli di sekitar daerah ini apabila masing-masing menerima rumah baru yang dibina oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Ibu tunggal, Juliana Abdullah, 32, yang memeluk agama Islam sejak berumur 15 tahun menadahkan tangan rasa syukur apabila MAIS tampil membantu membina rumah untuk dia sekeluarga tinggal dengan lebih selesa sekali gus dapat meringankan beban yang ditanggungnya selama ini.
"Sebelum saya dan anak-anak berpindah ke rumah baru, kami pernah berasa tersingkir daripada masyarakat sekeliling kerana tidak mempunyai rumah sendiri.
"Malah, kadang-kala rasa malu dengan keluarga sendiri kerana sebelum ini keluarga melarang saya untuk menukar agama tetapi saya tetap berkeras mahu mempelajari Islam dengan lebih mendalam dan akhirnya membuat keputusan untuk menganut agama Islam," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Juliana yang baru setahun menetap di Kampung Orang Asli Pulau Kempas di sini tinggal bersama lima anaknya turut menerima menerima bantuan sebanyak RM300 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan elaun mengaji bulanan yang diberikan oleh MAIS.
Turut menerima rumah baru ialah Arsat Atal dan Nor Adilla Zulhisham masing-masing dari Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Rosnani Abdullah dari Kampung Orang Asli Bukit Perah; Nurul Ain Asyikin Abdullah dan Nurshaliza Abdullah dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas dan Juliza Abdullah dari Kampung Orang Asli Bukit Serdang.
Sumbangan bantuan bina rumah baru untuk mualaf Orang Asli tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM266,000 dalam usaha MAIS membantu golongan asnaf mualaf menjalani kehidupan sebagaimana umat Islam yang lain.
Sementara itu, Setiausaha MAIS, Mohd. Haniff Hassan berkata, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM38,000 bagi setiap permohonan pembinaan rumah baru untuk mualaf Orang Asli.
"Bantuan yang diberikan ini berdasarkan permohonan mualaf yang layak dengan syarat yang ditetapkan iaitu antaranya ialah melakukan pengIslaman sekurang-kurang lima tahun, mempunyai tanah sendiri dan mereka perlu mendapatkan surat sokongan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA).
"Kami berharap dengan pemberian sumbangan bantuan tersebut, kesemua penerima dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh keriangan dan dapat memberi sinar baru kepada mereka.
"Setiap penerima bukan sahaja menerima bantuan bina rumah baru sebanyak RM38,000, malah barangan dapur seperti beras, minyak serta biskut raya," katanya.
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Persatuan teksi sambut baik
27,000 pengguna terjejas akibat paip air pecah di Klang
DBKL, YWP bantu keluarga mangsa kebakaran
Undang keresahan orang ramai
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









