ARKIB : 17/08/2012
Apa cerita Plaza Safuan?
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Warga kota yang mengunjungi Pasar Raja Bot pasti akan ternampak Plaza Safuan, antara bangunan tertinggi di kawasan itu.
Melihat luarannya, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa bangunan gah seperti itu kelihatan sepi.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati hanya tiga buah kedai yang masih beroperasi di situ.
Suasana di dalamnya juga kelihatan suram ekoran tiada kemudahan elektrik dan air kerana telah dipotong sejak sekian lama.
Malah, eskalator yang menghubungkan tingkat satu ke tingkat lain juga dilihat ditutup dengan penghadang, jelas menunjukkan bangunan tersebut sudah lama tidak dikunjungi pelanggan.
Bukan sahaja keadaan dalam bangunan tersebut yang tidak terurus, tempat letak kenderaannya juga menghadapi masalah sama.
Tiada sebuah kereta pun yang kelihatan di tempat letak kenderaan tersebut, yang ada hanyalah pendatang asing yang menjadikan tempat itu untuk bersantai.
Pekerja sebuah kedai emas di bangunan tersebut, Azizan Nafi, 23, ketika ditemui berkata, sejak pertengahan 2009 plaza tersebut diibaratkan seperti 'hidup segan mati tak mahu.'
"Sebelum ini, masalah-masalah seperti bekalan air dan elektrik dipotong sahaja berlaku, tetapi lama-kelamaan pengunjung yang datang boleh dikira dengan jari sahaja.
"Mana tidaknya, hanya tiga buah kedai yang masih beroperasi, itupun pada hari biasa. Jika Sabtu dan Ahad, hanya kedai kami yang beroperasi," katanya.
Menurutnya, kedainya telah beberapa kali cuba dirompak namun berjaya digagalkan.
"Kami bernasib baik kerana pada masa itu, pengawal keselamatan bangunan ini membuat rondaan dan segera mengejar dua lelaki yang cuba merompak kedai ini.
"Saya minta pihak pengurusan supaya segera menyenggara bangunan ini dan buat pemantauan agar plaza ini hidup seperti dahulu," ujarnya.
Sementara itu, seorang pengunjung pasar Chow Kit, Suyadi Ali, 21, berkata, setiap kali membeli barang di pasar berkenaan pasti hatinya tertanya-tanya mengapa bangunan berkenaan menjadi sedemikian rupa.
"Dengan lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar raya, ia tidak sepatutnya begitu keadaannya.
"Pihak pengurusan perlu membuat sesuatu agar bangunan ini boleh dikunjungi orang ramai," katanya.
Lesen kafe siber digantung
Insinerator dibina di Kepong
Lori simen konkrit bermaharajalela
Peniaga bimbang, terganggu
NGO Sungai Besar protes jelajah pembangkang
Kebakaran hutan simpan berjaya dikawal
Bukti komitmen kerajaan
IRIMM tawar Mohammad Asraf Abdullah, isteri serta 4 anak diami rumah sewa
KBPKT jangka tinjau kerosakan - MTBI
JP Selangor anjur seminar undang-undang dan peraturan
Punca rezeki 13 penjaja terjejas
Langgar lampu isyarat berleluasa di Putrajaya
Laluan Nadi Putra dikaji semula
MMC-Gamuda KVMRT lancar pusat maklumat projek pembinaan MRT
Yayasan Sime Darby taja KLPac sebanyak RM3 juta
'Kg. Myanmar' perlu dibersih
Ingatkan mereka ini negara kita - Orang ramai
Keselamatan Pasar Harian Selayang ditingkatkan
266 penghuni flat dibenar pulang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










