ARKIB : 16/08/2012
SK Raja Muda terima tujuh pelajar angkat Jepun
SHAH ALAM 15 Ogos - Sekolah Kebangsaan Raja Muda (SKRM) telah menerima kehadiran tujuh pelajar Jepun berusia antara 10 hingga 11 tahun sempena program Pertukaran Pelajar Antarabangsa Tokoname (TSIE) 2012.
Guru Besar SKRM, Kamaruzzaman Yahya berkata, kehadiran para pelajar dari Sekolah Rendah Tokoname, Aichi bersama dua guru pengiring itu begitu menggembirakan pelajar dan warga SKRM kerana mereka berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan sebaya dari luar negara.
"Kami gembira menerima kehadiran pelajar dari negara matahari terbit ini dan berharap semua warga sekolah dapat bersama-sama membantu mereka menyesuaikan diri sepanjang berada di sini.
"Kami juga berharap pelajar dan guru dari Jepun yang terlibat dalam program ini dapat mengutip sebanyak mungkin pengalaman sepanjang berada di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan pelajar Jepun itu kepada tujuh keluarga angkat di sekolah tersebut di sini baru-baru ini.
Kamaruzzaman berkata, pelajar Jepun itu akan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing selama dua minggu dan berpeluang ke sekolah dan merasai suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini.
"Dengan kehadiran pelajar dari Jepun ini, kami berharap murid-murid SKRM dapat mengekalkan tahap disiplin yang tinggi kerana sebagaimana kita ketahui, kerajaan Jepun telah menerapkan generasi muda mereka dengan nilai-nilai tersebut sejak di alam persekolahan lagi.
"Sikap pelajar Jepun yang berdisiplin itu perlu dicontohi pelajar-pelajar kita termasuk dalam aspek menjaga kebersihan," katanya.
Sementara itu, Hisham Shaharom, 40, yang terpilih sebagai bapa angkat salah seorang pelajar Jepun itu berharap dapat berkongsi kemeriahan Aidilfitri di negara ini dan kehidupan masyarakat tempatan dengan pelajar tersebut.
Lesen kafe siber digantung
Insinerator dibina di Kepong
Lori simen konkrit bermaharajalela
Peniaga bimbang, terganggu
NGO Sungai Besar protes jelajah pembangkang
Kebakaran hutan simpan berjaya dikawal
Bukti komitmen kerajaan
IRIMM tawar Mohammad Asraf Abdullah, isteri serta 4 anak diami rumah sewa
KBPKT jangka tinjau kerosakan - MTBI
JP Selangor anjur seminar undang-undang dan peraturan
Punca rezeki 13 penjaja terjejas
Langgar lampu isyarat berleluasa di Putrajaya
Laluan Nadi Putra dikaji semula
MMC-Gamuda KVMRT lancar pusat maklumat projek pembinaan MRT
Yayasan Sime Darby taja KLPac sebanyak RM3 juta
'Kg. Myanmar' perlu dibersih
Ingatkan mereka ini negara kita - Orang ramai
Keselamatan Pasar Harian Selayang ditingkatkan
266 penghuni flat dibenar pulang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










