ARKIB : 16/08/2012
Datuk Bandar tak beri muka
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas untuk tidak mengeluarkan lesen sementara kepada penjaja-penjaja haram di bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India.
Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, walaupun ada pegawainya yang mencadangkan demikian, tetapi perkara itu ditolak kerana ia akan menyebabkan lebih banyak lagi penjaja haram yang akan masuk ke kawasan itu apabila hari raya semakin hampir.
Katanya, DBKL mempunyai sistem yang telah digunakan untuk memberi tapak dan jika lesen sementera diberikan pada saat-saat akhir, ia akan merosakkan sistem sedia ada.
“Jika perkara ini berlaku, ia akan menimbulkan lebih banyak tohmahan pada sistem yang digunakan oleh DBKL.
“Sebab itulah saya bertegas, walaupun akan mendatangkan pendapatan yang lebih kepada mereka (peniaga haram) tapi atas dasar sistem sedia ada, tiada lesen sementara yang akan dikeluarkan dalam masa dua tiga hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sumbangan 1Malaysia Hari Raya Aidilfitri dan berbuka puasa di Pusat Komuniti dan Komersial Bandar Tun Razak, di sini, semalam.
Turut hadir ialah, Timbalan Ketua Pengarah Sosio ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz.
Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai kejadian kekecohan yang dilakukan oleh penjaja haram yang tidak berpuas hati dengan tindakan DBKL menyita perniagaan mereka sehingga melakukan kekasaran terhadap anggota penguat kuasa serta merosakkan harta DBKL.
Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan gambar-gambar semasa kejadian telah diserahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
“Polis juga sudah bersetuju untuk bersama-sama dengan DBKL untuk mengawal keadaan di Jalan TAR dan Jalan Masjid India bagi memastikan keadaan lebih terkawal.
“Jumlah penguat kuasa DBKL turut ditambah daripada 300 ke 400 orang untuk mengawal kawasan itu," jelasnya.
Tengku Azuan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan
MPK adakan kempen hormati pejalan kaki
Syabas hargai 30 pelanggan prihatin paip pecah, bocor
Tingkat mutu kerja demi PDRM
Terowong jadi 'tasik'
Mahu KL selesa, bersih didiami
Penduduk terasa 'kehilangan' Nong Chik
Lagi 5,000 unit rumah mampu milik akan dibina
Jalan rosak di Setiawangsa akan diselesai segera
Bekas anggota tentera diseru jadi ahli PBTM
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









