ARKIB : 16/08/2012
Jalan Sungai Lang menakutkan
SABAK BERNAM 15 Ogos - Merentasi jalan di sekitar kawasan institusi-institusi pendidikan di Sungai Lang di sini akan membuatkan kita berasa asyik pada pemandangannya, terutama pada langit yang membiru.
Tetapi itu pada waktu siang. Selepas senja, keadaan jalan itu sudah tidak sama lagi. Tiada lagi pemandangan indah, yang kelihatan hanya gelap pekat.
Ini membuatkan pengguna jalan-jalan itu diancam bahaya kerana terpaksa menggunakan jalan yang gelap dan menakutkan kerana tiada kemudahan lampu jalan di kawasan tersebut.
Walaupun kawasan itu menjadi laluan utama ribuan penuntut dan kakitangan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Institut Perakaunan Negara (IPN), Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, namun nampaknya gagal membuka mata pihak berkenaan untuk menyediakan kemudahan lampu jalan.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan jalan di kawasan tersebut agak pelik dan mengelirukan kepada pengunjung yang baru pertama kali datang ke sana.
Ini kerana tiba di satu kawasan, pengunjung akan mendapati keadaan jalan yang sempit seolah-olah menuju ke penghujung kampung. Sedangkan melepasi kawasan tersebut terletaknya beberapa institusi pengajian tinggi dan pusat latihan.
Selain itu, keadaan jalan di kawasan itu agak teruk. Di sesetengah bahagian mendap, sempit, berbengkang-bengkok dan mempunyai selekoh tajam.
Ini sememangnya berbahaya kepada pengguna pada waktu malam dan keadaan itu bertambah buruk kerana tiada kemudahan lampu jalan.
Para pengguna juga harus berwaspada kerana sering kali juga lembu-lembu melintas atau meragut rumput di tepi jalan, sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan. Babi hutan juga dikatakan banyak berkeliaran.
Malah banyak kes langgar lari direkodkan melibatkan penunggang motosikal dan pejalan kaki kerana faktor jalan yang gelap memudahkan mereka yang terlibat melarikan diri.
Seorang penuntut PSIS, Shukri Azrul Nizam, 20, mengakui bahawa kemalangan sering berlaku di laluan tersebut dan salah seorang yang dikenalinya adalah kakitangan politeknik tersebut.
Dia mendakwa kakitangan itu terpaksa berpindah ke cawangan Shah Alam akibat trauma untuk melalui laluan tersebut selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya.
"Saya juga dimaklumkan ramai pengguna lain hampir melanggar tiang di tepi jalan dan haiwan-haiwan yang sering melintas laluan ini seperti lembu, babi hutan dan landak," katanya.
Penuntut kursus Perbankan Islam PSIS, Hazira Wahid, 19, berkata, terdapat ibu bapa yang mahu menyaman pihak politeknik sekiranya berlaku perkara buruk kepada anak mereka ketika menggunakan laluan terbabit pada waktu malam.
"Politeknik tidak harus dipersalahkan sebaliknya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertanggungjawab menyediakan jalan yang selesa dan lampu bagi tujuan keselamatan para pengguna khususnya pelajar," katanya.
Sementara itu seorang penduduk, Ghazali Ayob, 46, mengakui dia tidak berani menggunakan jalan tersebut pada waktu malam.
"Saya hanya guna dalam keadaan terdesak sahaja. Itu pun saya perlu sangat berhati-hati dan memandu dengan perlahan menggunakan lampu tinggi kerana bimbang terlanggar penunggang motosikal atau pejalan kaki.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad Nor, 36, berkata, selain kemalangan, kes-kes rompak dan ragut juga pernah berlaku di kawasan itu.
"Orang ramai yang melalui kawasan tersebut juga tidak akan menyedari bahawa rompakan sedang berlaku di situ malah mereka juga tidak berani berhenti dalam gelap untuk membantu.
"Pihak berkuasa tidak seharusnya memberi ruang kepada kejadian jenayah berlaku dengan membiarkan terus jalan itu gelap-gelita. Bayangkan kalau mangsanya seorang wanita, kejadian jenayah yang lebih serius seperti rogol atau bunuh tidak mustahil boleh berlaku memandangkan persekitaran jalan itu yang gelap," katanya.
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









