ARKIB : 15/08/2012
Jalan TAR semakin sibuk
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Semakin hampir dengan Aidilfitri, peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India semkin sibuk melayan pelanggan, terutama pada cuti hujung minggu, malah ketika pekerja berehat tengah hari pada hari biasa.
Ya. Saban tahun kedai-kedai di dua jalan itu menjadi tumpuan umat Islam di Kuala Lumpur dan sebahagian Selangor yang mencari pelbagai barangan untuk memastikan sambutan Aidilfitri mereka meriah.
Cari apa sahaja di situ. Kasut, tudung, baju Melayu Teluk Belanga, songkok malah bunga plastik dijual di gerai sementara pada bulan Ramadan ini. Kedai tetap pula ada yang menjual permaidani dan kain-kain untuk dibuat baju kurung pada harga istimewa.
Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan itu mendapati baju Melayu serta baju kurung yang diperbuat daripada fabrik kapas dan tudung dari kain chiffon menjadi pilihan umat Islam, mungkin disebabkan cuaca negara kita yang semakin panas.
Penjual tudung, Sansiwar Mogek, 65, yang sudah 42 tahun berniaga di situ berkata, tudung yang menjadi rebutan pengunjung pada tahun ini adalah tudung daripada fabrik chiffon.
“Tudung ini unik kerana fabriknya lembut. Apabila dipakai ia akan membuatkan pemakainya selesa dan kelihatan menarik. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan sejak awal Ramadan lagi," katanya.
Beliau berkata, tudung dari Chiffon Thai Silk, Chiffon Sirya, dan Chiffon Rozita merupakan yang paling laris dijual dan setiap tudung ini dibezakan harganya dengan melihat tingkat warnanya.
“Kesemua tudung ini boleh didapati dengan harga serendah RM28 dan warnanya yang pelbagai serta selesa dipakai sepanjang hari menjadi sebab utama permintaannya meningkat," katanya.
Sansiwar berkata, demi memenuhi cita rasa pelanggan, dia juga menerima sebarang tempahan daripada pelanggan, kerana kebanyakan tudung-tudung yang dijual adalah hasil kerja tangannya sendiri.
Sementara itu, penjual baju Melayu, Nurhidayatullah Shukri, 22, berkata, baju Melayu yang menjadi pilihan pembeli tahun ini adalah jenis kain Italian Intermezzo Uomo dari Itali.
Hidayat berkata, dia hanya membeli kainnya sahaja manakala proses menjahit dilakukan di Kelantan.
Baju Melayu ini boleh didapati dengan harga RM138 dengan pelbagai jenis warna.
“Kainnya yang lembut dan sejuk adalah faktor baju Melayu ini menjadi pilihan para pengunjung di sini. Selain harga yang berpatutan, ia juga tahan lama dan rekaannya moden," katanya.
Pembantu kedai, Asni Jamaan, 58, berkata Baju Kurung Sulam Maharani yang menggunakan kain dari China pula menjadi pilihan wanita.
“Kainnya yang halus dan lembut membuatkan si pemakai tampak lebih anggun dan bergaya.
“Harga bagi sepasang Baju Kurung Sulam Maharani adalah sekitar RM100," ujarnya.
Selain itu, katanya, kain yang diberi nama Ombak Rindu juga menambat hati pengunjung di sini.
Seorang pengunjung, Nuridayu Taliha, 25, berkata, bazar Ramadan di Jalan TAR menyediakan pilihan yang pelbagai di samping boleh mendapatkan barangan dengan harga yang rendah.
“Bazar ini menawarkan segala keperluan persiapan bagi sesebuah keluarga. Selain boleh tawar-menawar, kawasannya juga strategik dan mudah untuk dikunjungi," katanya.
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









