ARKIB : 15/08/2012
Sultan Selangor serah 1,628 buku kepada Perpustakaan Raja Tun Uda
SHAH ALAM 14 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan 1,414 naskhah buku mengenai agama Islam yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada Perpustakaan Raja Tun Uda.
Sebuah agensi berita antarabangsa, Thomson Reuters pula menyumbangkan sebanyak 214 naskhah buku mengenai perundangan kepada perpustakaan negeri itu.
Ketika bertitah pada majlis penyerahan buku tersebut, Sultan Sharafuddin menghargai jasa dan inisiatif kedua-dua agensi berkenaan kerana tampil membantu pengunjung perpustakaan itu untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka.
“Dengan sumbangan buku-buku ini, beta percaya ia akan menambahkan lagi sumber rujukan yang boleh digunakan oleh para pengunjung," titah baginda semasa Majlis Penyerahan Buku kepada Perpustakaan Raja Tun Uda di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dan Perunding Editor Thomson Reuters, Datuk Seri Dr. Visu Sinnadurai.
Mengenai perkembangan terkini perpustakaan yang dirasmikan pada 10 Disember tahun lalu itu, baginda gembira apabila dimaklumkan mengenai jumlah kehadiran pengunjung yang kini mencecah angka 510,469 orang sehingga Julai lalu.
Titah baginda, perkembangan tersebut merupakan petanda positif yang menunjukkan rakyat di negeri ini menyedari tentang kepentingan peranan perpustakaan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
“Oleh itu beta berharap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), kolej swasta serta sekolah-sekolah dapat menggalakkan para pelajar mereka datang ke perpustakaan ini untuk membuat kajian serta rujukan," titah baginda.
Baginda turut menyeru pengusaha syarikat pengangkutan awam mengadakan perkhidmatan bas serta teksi agar para pengunjung dapat berkunjung ke perpustakaan tersebut dengan lebih mudah.
“Beta dimaklumkan mereka yang datang ke perpustakaan ini mengalami kesukaran untuk mendapatkan bas atau teksi.
“Sehubungan itu beta menyeru para pengusaha pengangkutan awam mengadakan perkhidmatan bas dan teksi mereka melalui kawasan ini agar memudahkan pengunjung untuk datang ke perpustakaan ini," titah baginda.
Lesen kafe siber digantung
Insinerator dibina di Kepong
Lori simen konkrit bermaharajalela
Peniaga bimbang, terganggu
NGO Sungai Besar protes jelajah pembangkang
Kebakaran hutan simpan berjaya dikawal
Bukti komitmen kerajaan
IRIMM tawar Mohammad Asraf Abdullah, isteri serta 4 anak diami rumah sewa
KBPKT jangka tinjau kerosakan - MTBI
JP Selangor anjur seminar undang-undang dan peraturan
Punca rezeki 13 penjaja terjejas
Langgar lampu isyarat berleluasa di Putrajaya
Laluan Nadi Putra dikaji semula
MMC-Gamuda KVMRT lancar pusat maklumat projek pembinaan MRT
Yayasan Sime Darby taja KLPac sebanyak RM3 juta
'Kg. Myanmar' perlu dibersih
Ingatkan mereka ini negara kita - Orang ramai
Keselamatan Pasar Harian Selayang ditingkatkan
266 penghuni flat dibenar pulang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










