VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 31/07/2012

Faktor tarik pelabur asing

RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua dari kanan) mengacau bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk 1Malaysia Amal Media 2012, di Kuala Lumpur, semalam

KUALA LUMPUR 30 Julai - Pengendali industri minyak dan gas di Labuan digesa untuk sentiasa mengutama serta meningkatkan tahap keselamatan bagi memastikan wilayah itu bebas daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ia juga bagi memastikan hasrat kerajaan menjadikan wilayah itu sebagai hab logistik industri minyak dan gas di rantau Asia direalisasikan.

Katanya, tahap keselamatan bertaraf dunia perlu diutamakan kerana ia boleh menjadi faktor penarik dalam memperkasakan industri minyak dan gas di negara ini.

''Ia amat penting bagi memastikan Labuan terus menjadi destinasi pilihan kepada pelabur sedia ada, tetapi juga mampu menarik minat lebih ramai bakal pelabur asing ,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden kebakaran kapal tangki Bunga Alpinia milik Malaysian International Shipping Corporation (MISC), di Labuan, Khamis lepas.

Terdahulu beliau merasmikan program Bubur Lambuk 1Malaysia Amal Media 2012 di Kondo Rakyat, Lembah Pantai, di sini.

Tambahnya, kementerian juga akan mencadangkan supaya agensi keselamatan khususnya pasukan Bomba dan Penyelamat supaya membina dan menambah kemudahan menyelamat di lokasi berhampiran dengan kawasan industri.

Katanya, ia sebagai langkah proaktif bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

Sementara itu, pada majlis tersebut sebanyak 20 buah periuk bubur lambuk yang telah dimasak diagihkan kepada rumah anak yatim, masjid dan juga surau di Rawang, Seremban dan Shah Alam.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.