ARKIB : 30/07/2012
Pembeli 'naik angin' dengan pemaju
KLANG 29 Julai - Seramai 50 pembeli unit Pangsapuri Anggerik di Sungai Udang, Klang hari ini menyuarakan rasa tidak puas hati dan mengecam pihak pemaju yang gagal menyiapkan projek tersebut yang sudah 10 tahun terbengkalai.
Desakan terhadap syarikat FSK Development Sdn. Bhd. itu disuarakan dalam perhimpunan aman yang berlangsung hampir satu jam di kawasan projek terbengkalai itu.
Projek pangsapuri dua blok tersebut mengandungi 150 unit rumah dengan setiap sebuah bernilai antara RM65,000 hingga RM98,000.
Pengerusi Jawatankuasa Pembeli Pangsapuri Anggerik, Mohd. Fauzi Mohd. Nor, 59, berkata, pembeli yang terpaksa menunggu hampir 10 tahun itu sudah hilang sabar dengan kerenah dan alasan yang diberikan oleh pihak pemaju.
"Setiap tahun pihak pemaju menabur janji palsu bahawa kediaman kami akan siap dalam tempoh bulan enam tetapi hasilnya kami terpaksa membayar wang pinjaman bank setiap bulan serta menunggu dan melihat rumah yang dibeli terbengkalai begitu sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Seorang suri rumah, Salmah Ahmad, 45, berkata, pemaju tidak wajar memberikan alasan mereka menghadapi masalah kewangan untuk menyiapkan projek tersebut kerana perjanjian yang ditandatangani jelas menunjukkan syarikat tersebut perlu menyiapkan rumah berkenaan.
"Kami membeli rumah kerana mahu duduk di rumah sendiri. Tetapi malangnya sekarang kami terpaksa membayar sewa rumah dan menanggung bayaran pinjaman bank untuk pembelian rumah yang terbengkalai.
"Jadi kami mahu pemaju segera menyiapkan kediaman kami. Kami sudah tidak sabar dengan sikap pemaju yang tidak mengendahkan langsung aduan yang telah kami lakukan," katanya.
Seorang penjawat awam, Mohd. Bahri Mohd. Nor, 41, merayu pihak pemaju agar menyelesaikan masalah itu kerana secara fizikalnya, pangsapuri tersebut sudah 80 peratus siap dan berharap projek tersebut dapat disempurnakan pada tahun ini.
"Pemaju harus fikir pembeli juga mempunyai tanggungjawab lain seperti selain membayar hutang pembelian rumah, mereka perlu membayar pinjaman kereta dan menyara keluarga.
"Saya berharap pihak berwajib dapat tampil untuk membantu menyelesaikan masalah yang menimpa penduduk dengan mengambil alih proses pembinaan yang gagal diselesaikan oleh pemaju asal," katanya.
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









