ARKIB : 23/07/2012
TR1Ma kurangkan beban pemandu
AMPANG 22 Julai - Bantuan baucar di bawah inisiatif program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) kepada pemandu teksi di seluruh negara mampu mengurangkan beban yang ditanggung untuk menukar tayar setiap tahun.
Penaung Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi Ampang (Peshta), Datuk Baderisham Jolly berkata, pihaknya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan golongan terlibat.
"Kami bersyukur dengan adanya baucar bantuan bernilai RM520 setiap seorang pemandu teksi itu membolehkan mereka mengunakan wang yang sebelum ini diperuntukan untuk menukar tayar untuk tujuan lain.
"Tidak semua pemandu teksi ini hidup senang, oleh itu bantuan seperti ini merupakan rahmat besar bagi mereka," katanya pada sidang akhbar dalam Majlis Santai Dan Ramah Mesra Bersama Pelanggan Dan Penyerahan Baucar TR1Ma kepada Ahli Peshta baru-baru ini.
Menurutnya, majlis itu diadakan sebagai tanda terima kasih Peshta kepada pihak kerajaan.
Majlis tersebut dirasmikan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah pelanggan-pelanggan teksi Ampang, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti komponen BN Ampang.
Bazar Ramadan: DBKL nafi ada penyelewengan
Kraftangan Malaysia anjur pameran, jualan hasil seni di Kompleks Kraf hingga Isnin
Manfaat kepada jemaah
Tindakan undang-undang diambil
Pembangunan semula Kampung Baru akan dipercepatkan - Tengku Adnan
Festival Belia Putrajaya 2013 sedia terima kehadiran 'lautan' anak muda
Lesen bazar Ramadan dijual?
Tengku Azuan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan
MPK adakan kempen hormati pejalan kaki
Syabas hargai 30 pelanggan prihatin paip pecah, bocor
Tingkat mutu kerja demi PDRM
Terowong jadi 'tasik'
Mahu KL selesa, bersih didiami
Penduduk terasa 'kehilangan' Nong Chik
Lagi 5,000 unit rumah mampu milik akan dibina
Jalan rosak di Setiawangsa akan diselesai segera
Bekas anggota tentera diseru jadi ahli PBTM
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









