ARKIB : 23/07/2012
Pastikan kelancaran operasi bazar
KUALA LUMPUR 22 Julai - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menempatkan kira-kira 300 anggota penguat kuasa di bazar Ramadan di kawasan pentadbirannya sepanjang Ramadan ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Salleh Yusup berkata langkah itu bagi memastikan kelancaran operasi bazar dijalankan bermula 21 Julai hingga 18 Ogos depan.
Menurutnya, ini terutamanya melibatkan kawasan tumpuan seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
''Pelaksanaan penguatkuasaan ini bukan sahaja tertumpu kepada gerai-gerai tanpa lesen dan tidak berdaftar sepanjang Ramadan, tetapi juga melibatkan pemantauan aspek kebersihan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perbarisan Tamat Kursus Asas Penguatkuasa 1/2012, baru-baru ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Mohd Sauffi Muhamad.
Sementara itu, Salleh turut mengingatkan setiap anggota penguat kuasa menjadi contoh terbaik kepada masyarakat ketika menjalankan tugas.
Katanya, anggota perlu melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berhemah bagi menyerlahkan imej penguat kuasa di bandar raya ini berintegriti serta proaktif.
''Penambahan anggota baru ini sekaligus dapat meningkatkan lagi kemampuan jabatan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,'' ujarnya.
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Wanita maut dirempuh MPV
UIAM malu tercemar teruk
Mula beroperasi hari ini
Ahmad Fauzi akan selesaikan masalah secara berterusan
Budiman terus dekati masyarakat desa Sungai Panjang
Pembangunan semula bermula
Airport Limo tidak terkubur
XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah
DBKL naik taraf Jalan Genting Klang
Sisa pokok tumbang tidak dibersihkan
Persatuan teksi sambut baik
27,000 pengguna terjejas akibat paip air pecah di Klang
DBKL, YWP bantu keluarga mangsa kebakaran
Undang keresahan orang ramai
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









