ARKIB : 22/07/2012
Tanah kubur Islam di ibu negara cukup sehingga 2061
KUALA LUMPUR 21 Julai - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi jaminan bahawa tanah perkuburan Islam di ibu negara adalah mencukupi dan ia mampu menampung keperluan jenazah sehingga 2061.
Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali menjelaskan, dakwaan yang mengatakan tanah perkuburan Islam di ibu negara berada pada tahap kritikal adalah tidak benar sama sekali.
''Tanah perkuburan sedia ada mampu tampung sehingga 2061. Ada kira-kira 50 tahun lagi walaupun Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) antara yang mencatat kematian tertinggi.
''Mencapai 2061, kita belum fikir konsep (pembangunan tanah perkuburan) di ibu negara. Kita dah bincang satu konsep baru tetapi akan diumumkan nanti bagi menjaga sensitiviti umat Islam. Tetapi, hendak menjangkau 2061, masih panjang,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Raudhatul Sakinah iaitu konsep kubur dalam taman dan sistem e-Pusara di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, dekat sini semalam.
Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Che Mat berkata, dengan kewujudan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Taman Batu Muda, ia sedikit sebanyak membantu dalam menampung keperluan jenazah.
Ini jelasnya, ditambah dengan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara yang mampu menampung keperluan jenazah sehingga 2045.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kebanyakan hotel di ibu negara sudah mula memohon sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak tiga bulan lalu untuk menawarkan juadah Ramadan.
''Tiga bulan sebelum Ramadan, banyak hotel sudah memohon (sijil halal). Ini membolehkan Jakim memproses sebelum puasa,'' katanya.
Tengku Azuan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan
MPK adakan kempen hormati pejalan kaki
Syabas hargai 30 pelanggan prihatin paip pecah, bocor
Tingkat mutu kerja demi PDRM
Terowong jadi 'tasik'
Mahu KL selesa, bersih didiami
Penduduk terasa 'kehilangan' Nong Chik
Lagi 5,000 unit rumah mampu milik akan dibina
Jalan rosak di Setiawangsa akan diselesai segera
Bekas anggota tentera diseru jadi ahli PBTM
Jaminan nasib terbela
Pertemuan dengan Datuk Bandar akan diatur - Ahmad Fauzi
Kematian pejalan kaki ketiga tertinggi di KL
UNDANG BAHAYA
Penganjur naikkan sewa RM1,000
DBKL akan siasat penganjur - Mhd. Amin Nordin
Tengku Adnan tumpu masalah banjir, perumahan
Jaminan kepada penduduk
Pihak berwajib didesak henti segera - UIAM
Kerajaan pakatan tidak ada kesepakatan - Johan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









