VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 20/08/2014

Lotus bina SUV, sedan segmen D

SHAH ALAM 19 Ogos - Lotus Group merancang untuk membangunkan sebuah kenderaan utiliti sports (SUV) dan kereta sedan besar dalam segmen D, sekali gus memberi varian baharu bagi pengeluar kereta sport mewah global tersebut.

Perancangan tersebut dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Proton dipengerusikan Tun. Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Kecemerlangan (COE) Proton di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Lotus, Aslam Farikullah.

Menurut sumber, Gales yang baharu menerajui Lotus pada 1 Mei lalu, buat pertama kali membentangkan pelan tindak dan perancangan masa hadapan syarikat itu.

Kedua-dua varian tersebut iaitu SUV dan segmen D, bakal memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar kereta Lotus yang cukup dikenali sebagai kereta berprestasi tinggi.

Lotus ujar beliau, pernah terlibat dalam pembangunan sedan Segmen D bersama Vauxhall pada 1990 dinamakan Lotus Carlton dan versi Opel juga dikeluarkan dengan jenama Lotus Omega.

Kereta tersebut memiliki kuasa maksimum 377 bhp dengan kekuatan enjin turbo berkembar enam silinder 3,615 cc yang berupaya dipecut selaju 283 km sejam, menjadikannya kereta empat kerusi terpantas ketika itu.

Idea untuk menghasilkan sebuah SUV telah lama wujud pada Lotus iaitu pada 2006, sebuah prototaip Lotus APX dipamerkan pada Pameran Automotif Geneva.

Bagaimanapun, difahamkan model SUV yang dibentangkan oleh Gales adalah model baharu sama sekali dan bukan Lotus APX.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.