VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 27/02/2014

Abyres kerjasama dengan syarikat Perancis

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Syarikat milik bumiputera, Abyres Group of Companies (Abyres) mengadakan kerjasama dengan Mandriva S. A. (Mandriva) untuk menjadi pembekal perkhidmatan penyelesaian pengurusan maklumat kepada segmen perniagaan di Malaysia dan Brunei.

Ketua Pegawai Eksekutif Abyres, Mohamad Jamal Suleiman berkata, teknologi yang dibangunkan oleh Mandriva dari Perancis itu turut disasarkan kepada pengguna segmen kerajaan.

Sehubungan itu, pihaknya berharap mampu mendapatkan dua atau tiga pelanggan dalam tahun ini, dan seterusnya menjadikan produk tersebut sebagai pilihan utama organisasi di negara ini.

"Kita juga akan mendirikan pusat sokongan sistem itu pada peringkat satu dan dua, sekali gus dapat menjadi pusat kepada Mandriva untuk ke pasaran Asia Tenggara. Kerjasama ini bakal memperlihatkan pemindahan teknologi antara kedua-dua pihak, katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kerjasama di antara kedua-dua syarikat itu di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Multimedia Development Corporation (MDeC), Ng Wan Peng, Ketua Pegawai Eksekutif Mandriva, Jean Manuel Croset dan Pesuruhjaya Perdagangan Kedutaan Perancis ke Malaysia, Francois Matraire.

Kerjasama itu turut mendapat sokongan MDeC dan Kedutaan Perancis ke Malaysia.

Menurut Mohamad Jamal, Abyres akan melaksanakan latihan serta bantuan teknikal kepada pelanggan Mandriva dan seterusnya berhajat membangunkan sistem operasi penyelesaian pengurusan maklumat di Malaysia.

Kegunaan produk Mandriva adalah untuk memenuhi operasi sesebuah organisasi dengan kawalan sistem secara serentak. Penggunaannya dapat mendorong kepada penjimatan masa serta kos kepada syarikat.

Dalam pada itu, Croset berkata, pemilihan Abyres adalah tepat memandangkan kedudukannya di Malaysia yang merupakan lokasi strategik di Asia Tenggara. Malah katanya, kadar penggunaan internet di negara ini yang tinggi juga menjadi sebab mengapa syarikatnya ingin memasuki Malaysia.

Sementara itu, Wan Peng pula berkata, sehingga akhir tahun 2013, terdapat 3,403 syarikat yang mempunyai status MSC Malaysia. Bagaimanapun, hanya 2,572 atau 76 peratus daripadanya masih aktif.

Abyres merupakan syarikat berstatus MSC Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.