VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 22/06/2013

10,000 dijangka kunjungi Karnival Oh Yeah! Bank Muamalat

KOTA BHARU 21 Jun - Karnival Oh Yeah! Bank Muamalat Malaysia Bhd. (BMMB) yang sedang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, dijangka dapat menarik kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung.

Pengurus Wilayah Pantai Timur bank berkenaan, Nik Mohd. Hashim Abdul Hamid berkata, pelbagai acara menarik telah disediakan sepanjang karnival dua hari itu berlangsung, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, drift, paint ball dan banyak lagi.

Beliau berkata, selain itu turut diadakan kaunter pembukaan Akauan Simpanan Oh Yeah! Bank Muamalat yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Katanya, orang ramai yang membuka akaun berkenaan dengan simpanan minimum sebanyak RM1,000 berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai sebanyak RM1 juta.

"Karnival ini dianjurkan bersempena dengan kempen pihak bank untuk memperkenalkan Akaun Simpanan Oh Yeah! yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk gajet dan barangan elektronik bernilai RM4.8 juta.

"Promosi ini berakhir pada 31 Mac 2014 dan orang ramai dipelawa membuka akaun simpanan tersebut untuk merebut hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Mohd. berkata, pihaknya menyasarkan pembukaan 1,000 Akaun Simpanan Oh Yeah! sepanjang karnival berlangsung yang julung-julung kalinya diadakan di sini.

Beliau berkata, pada masa ini Bank Muamalat mempunyai empat cawangan di Kelantan iaitu dua di Kota Bharu dan masing-masing satu di Jeli dan Kok Lanas dengan cawangan di Kota Bharu sahaja mempunyai lebih 25,000 pelanggan.

"Kita menyasarkan tambahan deposit akaun simpanan sebanyak RM150 juta membabitkan tambahan kira-kira 50 peratus pendeposit," katanya.

Jelasnya, sebagaimana bank- bank perdagangan lain, Bank Muamalat turut menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan kepada orang ramai, termasuk simpanan tetap, pembiayaan peribadi, kenderaan dan sebagainya.

"Paling mendapat sambutan ialah perkhidmatan pembiayaan peribadi, diikuti pembiayaan pembelian kenderaan yang menawarkan kadar faedah sangat kompetitif terutama bagi semua model kereta Proton. Jika jangka pembiayaan untuk kenderaan akan meningkat berikutan pengeluaran model terbaharu Proton SV.

"Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Muamalat tidak hanya terhad kepada orang Islam, sebaliknya ia juga terbuka kepada orang bukan Islam," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.