VERSI : Mobile | Akhbar Digital
15 September 2014 / 20 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 27/04/2013

Cardiff City cabaran Vincent Tan

VINCENT TAN

MULA berniaga pada usia 18 tahun dan bersara pada umur 60 tahun, sudah pasti kejayaan yang dikecapi oleh Tan Sri Vincent Tan cukup banyak untuk dihitung.

Bagaimanapun, Vincent yang terkenal dengan sikap merendah diri mengakui beliau belum berjaya lagi sehingga Kelab Bola Sepak Cardiff City yang dimilikinya sejak 2010 menyertai Liga Perdana Inggeris.

Hajat beliau tercapai apabila Cardiff City menjuarai Liga Kejuaraan (divisyen dua) pada musim ini dan bakal berentap dalam Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

"Saya memang ingin melihat kejayaan Kelab Bola Sepak Cardiff City kerana menguruskan bisnes ini benar-benar mencabar saya.

"Kejayaan saya sebagai pengasas Kumpulan Berjaya selama 40 tahun tidak sama dengan mengurus dan mengendalikan Kelab Bola Sepak Cardiff City.

"Setelah memiliki Cardiff barulah saya tahu bukan semua perniagaan mudah. Tetapi bisnes bola sepak sangat pelik dan sukar dijangka.

"Dalam perniagaan ini (bola), walaupun kita bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tetapi usaha itu masih belum cukup. Strategi yang dirangka tidak semestinya mengena menyebabkan kita perlu berusaha dan terus berusaha," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini.

Jelasnya, dalam usia yang sudah menginjak 61 tahun pada 23 Februari lalu, bisnes bola sepak benar-benar mengajarnya menjadi insan yang bersedia menerima kekalahan kerana kemenangan dalam permainan bola sepak adalah sesuatu yang belum pasti.

Sungguhpun begitu, beliau mengakui bisnes bola sepak menyeronokkan kerana menjadikan beliau sentiasa aktif.

Ditanya apakah rahsia yang menyebabkan beliau sentiasa kelihatan muda, Vincent berkata: "Saya juga mahu kelihatan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad".

"Bagi saya Tun Mahathir seorang individu yang hebat, berfikiran tajam dan kritis, berpandangan jauh dan penuh dengan inspirasi walaupun usia lebih 80 tahun," katanya.

Jelasnya, kehebatan Dr. Mahathir selalu dijadikan inspirasi dalam perniagaan, selain selalu mencabar kakitangannya untuk menjadi seorang lagi 'Mahathir'.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.