VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 09/04/2013

Kontrak MMC di Arab Saudi dibatal

KUALA LUMPUR 8 April - MMC Corporation Bhd. (MMC Corp.) mengesahkan bahawa ia telah menerima surat penamatan hak untuk membangunkan Bandar Ekonomi Jazan di Arab Saudi yang bernilai AS$30 bilion (RM91.8 bilion), berkuatkuasa serta merta.

MMC Corp. membangunkan bandar ekonomi tersebut menerusi syarikat usahasama, Jazan Economic Land Co. Ltd (JECL) yang dimiliki bersama dengan Saudi Binladin Group (SBG) dengan nisbah perkongsian 50:50.

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia hari ini, MMC Corp. berkata, makluman mengenai penamatan tersebut menerusi JECL dan berkemungkinan untuk meminta ganti rugi daripada negara itu.

"JECL dalam sepucuk surat bertarikh 3 April 2013 memaklumkan kepada kami bahawa mereka telah menerima surat daripada SAGIA bertarikh 25 Mac 2013 menyatakan bahawa hak untuk membangunkan Bandar Ekonomi Jazan di wilayah Jazan, Arab Saudi yang mana telah dianugerahkan kepada kami sebelum ini telah ditamatkan, berkuatkuasa serta merta," katanya.

Tambahnya, penamatan tersebut hasil daripada beberapa isu yang timbul sehingga menyebabkan gangguan kepada pelaksanaan projek.

MMC Corp. berkata, impak terhadap perolehan syarikat pada masa hadapan masih belum dikenal pasti bagaimanapun ahli lembaga pengarah dijangka melantik penasihat bagi mendapatkan nasihat berkenaan penamatan serta jumlah ganti rugi.

" Kami akan membuat pengumuman lanjut berkenaan isu ini sekiranya terdapat sebarang perkembangan," katanya lagi.

JECL diberi mandat untuk membangunkan projek bandar ekonomi seluas 117 kilometer persegi di Wilayah Jazan yang terletak di pinggir Laut Merah.

Bandar ekonomi itu menumpukan kepada industri berat, industri sekunder, modal insan dan gaya hidup dijangka mengambil masa 30 tahun untuk disiapkan.

Beberapa industri seperti loji jana kuasa, pelabuhan, peleburan aluminium dan kelompok keluli juga telah dikenal pasti dalam pelan induk yang diluluskan untuk bandar ekonomi berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.