VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 20/03/2013

QSR Brands peruntuk RM190j

KUALA LUMPUR 19 Mac - QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd. (QSR Brands) memperuntukkan RM190 juta bagi penambahbaikan dan membuka cawangan baharu bagi restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut.

Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, syarikat bercadang untuk membuka 70 lagi cawangan restoran terbabit pada tahun ini iaitu 25 cawangan KFC dan selebihnya Pizza Hut di seluruh negara.

Katanya, pihaknya juga akan menambah lagi restoran yang mempunyai kaunter pandu lalu untuk restoran KFC iaitu 15 cawangan daripada jumlah cawangan yang akan dibuka.

"Di samping itu, kami juga akan memberi wajah baharu kepada restoran ini bagi menarik golongan belia dan menjadikannya lebih mesra pelajar.

"Antara ciri-ciri yang akan dititik-beratkan adalah menambah lebih banyak soket elektrik dan mempertingkatkan keupayaan kemudahan jalur lebar tanpa wayar (WiFi)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran dua varian terbaharu burger Zinger iaitu Cheezy Zinger dan Tangy Zinger di KFC, Pavilion, Bukit Bintang di sini hari ini.

Ahmad Zaki memberitahu, kedua-dua varian tersebut disasarkan dapat menarik golongan muda yang selama ini meminati burger berkenaan.

Cheezy Zinger mempunyai keju tambahan dan sos lazat jalapeno, manakala Tangy Zinger pula disediakan dengan sos khas.

Tambah Zaki, dengan adanya varian terbaharu selain burger asli Zinger, syarikat menyasarkan dapat meningkatkan jualan burger KFC antara 15 dan 20 peratus tahun ini.

"Sebelum ini, jualan bagi produk burger adalah 12 peratus. Dengan adanya produk baharu ini, kami menyasarkan jualannya akan lebih meningkat," ujarnya.

Menurut beliau lagi, sempena pengenalan dua produk tetap ini, KFC akan menawarkan promosi istimewa dari 21 Mac hingga 21 April iaitu Chezzy atau Tangy Hot Box pada harga RM9.45.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.