VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 14/03/2013

Naikkan tabung modal pusingan koperasi rm500 juta - Angkasa

KUALA LUMPUR 13 Mac - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meminta kerajaan menambah peruntukan Tabung Modal Pusingan Koperasi (TMP) sebanyak RM500 juta bagi membolehkan koperasi-koperasi merancang menceburi perniagaan berimpak tinggi.

Timbalan Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, peruntukan tambahan TMP yang diurus oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) amat diperlukan untuk membantu perniagaan koperasi memandangkan perkembangan ekonomi yang semakin pesat dan jumlah modal besar diperlukan bagi menjalankan perniagaan.

"Pihak kerajaan perlu memberi pertimbangan yang lebih tinggi sebagai peruntukan untuk TMP dan jumlah yang dicadangkan ialah RM500 juta.

"Ini bagi membolehkan koperasi-koperasi merancang menceburi perniagaan berimpak tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Angkasa Negeri Sembilan di Seremban. Seramai 143 perwakilan yang mewakili semua koperasi di Negeri Sembilan menghadiri persidangan ini.

Katanya, cadangan penambahan ini dibuat memandangkan jumlah koperasi yang semakin bertambah yang kini melebihi 10,000 buah dan begitu banyak koperasi ingin menceburi perniagaan berskala besar.

'' Sudah tentu melalui perancangan yang teliti untuk menceburi bidang perniagaan, koperasi dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.

Sehubungan dengan itu juga Abdul Fattah berkata, Angkasa menyarankan supaya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menaikan geran untuk koperasi daripada RM30,000 kepada RM300,000 bagi membolehkan koperasi menceburi bidang perniagaan berimpak tinggi secara berkesan dan memberi pulang yang diharapkan.

Katanya, banyak koperasi yang ingin menjalankan perniagaan tidak kesampaian berikutan geran yang diterima agak kecil dan tidak mencukupi untuk dijadikan modal bagi menjalankan perniagaan pada masa kini.

''Angkasa memperoleh banyak pandangan mengenai hal ini supaya jumlah geran dan pinjaman untuk koperasi menjalankan perniagaan yang diberikan oleh SKM perlu diperluas sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa," katanya.

Beliau berkata, perkembangan koperasi kini begitu hebat dan sudah banyak koperasi mengenalpasti bidang perniagaan yang bakal diceburi.

Menurutnya, meskipun koperasi mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan yang dirancang namun dari segi modal pusingan koperasi sewajarnya diberikan bantuan.

''Dari itu jumlah maksimum pinjaman perniagaan tanpa cagaran yang diberikan oleh SKM untuk koperasi wajar dinaikkan daripada jumlah sekarang sebanyak RM50,000 kepada sehingga RM500,000," ujar beliau.

Beliau menambah, apa yang lebih penting adalah rakyat telah meletakan keyakinan yang tinggi terhadap sektor koperasi yang kini telah menampakkan kejayaan yang begitu tinggi sama ada memberikan pulangan mahupun perkhidmatan untuk para anggota.

Abdul Fattah penuh yakin Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dapat menimbangkan perkara ini dengan sewajarnya kerana menteri telah meletakan tahap pencapaian yang tinggi kepada koperasi dalam menjalankan urusan perniagaannya sehingga berjaya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.