VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 24/01/2013

Bonia buka lebih banyak cawangan pada masa depan

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Syarikat barangan kulit, kasut dan pakaian, The Bonia Group, ingin membuka lebih banyak cawangan dalam tahun-tahun akan datang, kata Pengarah Eksekutifnya, David Chiang.

Beliau berkata, kumpulan itu akan membuka butik utama ketiganya - Santa Barbara Polo & Racquet Club (SBPRC) - di Star Mall Mentakab, Pahang minggu depan.

"Cawangan ini akan memenuhi keperluan wanita dan lelaki bandar yang berusia 20 hingga 40 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan butik utama keduanya di Mid Valley Megamall di sini hari ini.

Chiang berkata, butik di Mid Valley Megamall itu adalah yang pertama seumpamanya dan terbesar di Malaysia dengan ruang perniagaan seluas lebih 2,000 kaki persegi.

Beliau berkata, syarikat itu menjangka butik tersebut mencatatkan jualan bernilai lebih RM2 juta dalam tahun pertama ia beroperasi.

"Tahun lepas, kami meraih hampir RM2 juta dengan butik pertama kami di Sunway Pyramid, dan kami yakin dapat mencapai lebih daripada itu bagi tahun ini memandangkan peningkatan permintaan bagi produk berkualiti tinggi dan nilai bagi wang," katanya.

Beliau berkata, syarikat itu merancang untuk membuka cawangan SBPRC keempatnya di Wangsa Walk Mall pada April.

Bonia Group ialah pemegang lesen SBPRC di Malaysia. — BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.