VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 21/12/2012

Felcra sasar untung RM100j

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Felcra Bhd. menyasarkan keuntungan bersih syarikatnya sebanyak RM100 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Disember 2013.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Juzilman Basir berkata, syarikat milik penuh kerajaan itu turut menyasarkan untuk mengagihkan dividen sebanyak RM600 juta kepada peserta-pesertanya pada tahun tersebut.

''Walaupun beberapa faktor seperti kejatuhan dan ketidaktentuan harga komoditi sehingga menyebabkan pencapaian kita pada tahun ini sedikit tersasar, namun saya optimis dan yakin untuk mencapai sasaran itu pada tahun hadapan.

''Bagi merealisasikannya, setiap lapisan staf dan pegawai Felcra perlu meningkatkan komitmen dan tahap kualiti kerja masing-masing," katanya ketika menyampaikan amanat kepada kira-kira 500 pegawai kanan Felcra sempena Seminar Pengurusan Felcra di sini, malam tadi.

Menurut Juzilman, keuntungan yang dicatat syarikat sehingga penghujung November lalu berjumlah RM79.6 juta selepas ditolak cukai, kurang RM13.7 juta berbanding tahun sebelumnya.

''Walaupun kita tidak mencapai sasaran pada tahun ini, saya tetap berpuas hati. Namun itu tidak bermakna kita harus memandang ringan perkara tersebut dan harus memperbaikinya pada tahun hadapan," ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan melalui Bajet 2013 telah memperuntukkan sebanyak RM4.48 bilion kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan 5.44 peratus dari jumlah itu iaitu RM244.21 juta telah diperturunkan kepada Felcra.

Katanya, sehubungan dengan itu, bagi mencapai sasaran 2013 dengan memanfaatkan bajet tersebut, terdapat enam fokus utama akan dilaksanakan.

Fokus-fokus itu adalah modal insan, produktiviti, tanam semula, diversifikasi, penstrukturan semula kilang dan pelaburan.

Sementara itu, beliau terus mengingatkan kepada peserta-peserta seminar supaya meningkatkan disiplin serta prestasi kerja dengan menghidupkan budaya korporat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.