VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 15/12/2012

Pasar produk kesihatan durian belanda

Nurhusni Mahad Nor menunjukkan jus Annona keluaran syarikatnya.

BUKIT MERTAJAM 14 Dis. - Pengeluar jus kesihatan dan kecantikan, MOS Nutraceutical Sdn. Bhd., (MOSN) mengorak langkah apabila memasarkan produk kesihatan berasaskan durian belanda.

Ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menjadikan buah durian belanda sebagai bahan utama dalam penghasilan produk minuman kesihatan.

Menurut Pengarah MOSN, Nurhusni Mahad Nor berkata, setakat ini, pihaknya telah memperkenalkan dua produk tersebut dalam bentuk jus dan teh yang masing-masing dikenali Jus Annona dan Teh Annona.

Katanya, Jus Annona menggunakan 100 peratus pati durian belanda dan campuran bahan sampingan seperti delima, kurma, dan madu yang berkesan dalam menyembuhkan penyakit seperti kencing manis, gout, strok, serta boleh dijadikan alternatif penyembuhan untuk pesakit kanser.

"Teh Annona pula menggunakan campuran daun durian belanda, teh hijau, halia, serbuk kulit kayu manis dan daun lidah buaya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nurhusni yang juga ahli farmasi berkata, dua produk tersebut telah berada di pasaran Semenanjung sejak ia diperkenalkan pada September lalu.

Jelasnya, penghasilan produk kesihatan keluaran syarikat dihasilkan mengikut standard Pengamalan Pengilangan Islam (IMP).

"Berdasarkan kepada beberapa testimoni ke atas pesakit, jus dan teh Annona berkesan menyembuhkan luka pesakit yang menghidap kencing manis," ujarnya yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah.

Jus Annona dijual dengan harga sebotol RM188 (Semenanjung) dan RM198 bagi Sabah dan Sarawak manakala Teh Annona pula dijual dengan harga RM59 (Semenanjung) dan RM65 bagi Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, katanya, MOSN sedang mencari pengedar untuk memasarkan produk keluaran syarikatnya dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 016-4668181.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.