VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 27/10/2012

ClearPath rancang buka kilang

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pengedar tunggal produk pendakap gigi lutsinar di Malaysia, Singapura dan Indonesia, ClearPath Marketing Sdn. Bhd. (ClearPath) merancang membuka kilang pendakap gigi lutsinar pertama di Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun lagi.

Pengarah Urusannya, Mazdurah Mohd. Zin berkata, bagaimanapun pembinaan kilang tersebut bergantung kepada sambutan dan permintaan produk itu di rantau ini.

"Kami mempunyai rancangan untuk membuka kilang ClearPath di Malaysia bagi memenuhi permintaan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mazdurah menambah, pihaknya menyasarkan perolehan sebanyak RM8 juta dalam tempoh setahun pengenalan produk itu di negara ini.

Beliau berkata, perolehan itu dijangka dapat dicapai melalui pengenalan prioduk yang dilakukan secara proaktif dan kesedaran penggunaan pendakap gigi lutsinar yang meningkat.

Malah, produk tersebut telah pun memasuki pasaran Singapura dan bakal menembusi pasaran Indonesia pada bulan depan.

"Indonesia merupakan pasaran yang amat luas dan berpotensi untuk ditembusi ClearPath, bukan sekadar mempunyai penduduk yang padat, tetapi golongan kelas pertengahan yang mementingkan kesihatan gigi juga ramai di sana,'' ujarnya.

ClearPath telah dilantik menjadi pengedar tunggal oleh syarikat induknya, ClearPath Orthodontics yang berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Produk di bawah ClearPath, clear aligners merupakan produk pendakap gigi lutsinar berteknologi tinggi dari Amerika Syarikat yang memberi persaingan kepada pendakap gigi besi yang disifatkan lebih tradisional.

Produk tersebut diperkenalkan di Amerika Syarikat sejak 10 tahun lalu dan baru memasuki pasaran ortodontik di Asia Tenggara atas faktor kos serta ketiadaan pengeluar yang bersedia memperkenalkan produk di pasaran ini.

Tambah Mazdurah, ClearPath akan bergerak aktif melakukan aktiviti promosi dan penerangan dengan menyasar kira-kira 4,700 doktor gigi dari ketiga-tiga negara menggunakan produk syarikat itu.

"Bagi pasaran tempatan, kami menyasarkan kira-kira 170 pakar pergigian bersama 50 pakar pergigian Singapura akan memasarkan produk ini," katanya.

Jelasnya, rawatan bagi pendakap gigi lutsinar ClearPath akan dikendalikan oleh pakar ortodontik bertauliah dengan tempoh rawatan sesingkat enam bulan sehingga 18 bulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.