VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 26/10/2012

Nafas meterai perjanjian pelaburan

KUALA LUMPUR 25 Okt. - TajMahal Agro Industries Pvt. Ltd. dari Chennai, India, telah menandatangani perjanjian pelaburan berbalik dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Malaysia bagi mengeluarkan dan membekalkan input makanan haiwan dan produk pertanian pengguna.

TajMahal, yang dimiliki oleh ahli perniagaan kelahiran Johor, S. Chelliah, telah diminta oleh kerajaan untuk membantu mendapatkan sumber produk pertanian pengguna yang tidak dapat dikeluarkan di Malaysia.

Bagi memudahkan pelaksanaan perjanjian yang bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan sara diri Malaysia, dua syarikat - Taj Agro Nafas (India) Pvt. Ltd. dan Nafas Taj Agro Sdn. Bhd. — telah diperbadankan bagi mewakili kepentingan kedua-dua pihak.

Bercakap kepada Bernama melalui temu bual telefon dari Chennai di sini hari ini, Pengarah Urusan TajMahal, Chelliah berkata, kedua-dua pihak telah menandatangani satu perjanjian pada 19 Oktober.

Mengikut perjanjian itu, produk menggunakan tanda niaga TajMahal, beras Moolgiri Rendah Indeks Glisemia akan dipasarkan di Malaysia oleh Nafas Taj Agro, bersama-sama dengan 25 keperluan harian yang lain, melalui Kedai 1Malaysia dan pasar tani, dengan potongan harga runcit antara 15 hingga 40 peratus daripada harga semasa.

Pada majlis penandatanganan di Chennai itu, TajMahal diwakili oleh Chelliah dan Nafas oleh Pengurus Besarnya, Abdul Rahman Ismail. Ia disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Sehari sebelum itu, mereka dan para pegawai kanan kementerian itu, termasuk Ketua Setiausahanya, Datuk Mohamad Hashim Abdullah telah menemui Menteri Hal Ehwal Pengguna, Makanan dan Pengagihan Awam India, Prof. K.V Thomas di New Delhi.

Chelliah berkata, semasa pertemuan itu, Noh telah mencadangkan diwujudkan pemahaman kerajaan dengan kerajaan bagi membolehkan produk pelaburan berbalik dieksport ke Malaysia tanpa sebarang halangan.

Mengikut perjanjian dengan Nafas itu, Taj Agro Nafas (India) Pvt. Ltd. akan melakukan pertanian kontrak di India dengan pemasaran di Malaysia dilaksanakan oleh Nafas Taj Agro Sdn. Bhd.

Chelliah berkata, Taj Agro Nafas (India) Pvt. Ltd. kini bersedia untuk mengeksport 200,000 tan metrik jagung pada 2013, yang dimulakan dengan 10,000 tan metrik pada Januari 2013.

Jumlah itu dijangka meningkat kepada 500,000 tan metrik menjelang 2014 bagi menampung permintaan mendapatkan makanan haiwan di Malaysia.

Angka muktamadnya boleh mencecah sehingga sejuta tan metrik atau satu pertiga keperluan jagung Malaysia.

Selain jagung, sekam beras, gandum, garam, poten kacang soya, vitamin dan galian yang digunakan dalam formulasi makanan haiwan akan turut dieksport ke Malaysia di bawah perjanjian itu.

Perkara lain yang akan dieksport ke Malaysia di bawah pelaburan berbalik termasuk bawang, kacang tanah, cili kering, garam dan rempah. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.