VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 17/09/2012

Harley-Davidson sangat diminati

Dua gadis mencuba motosikal Harley-Davidson jenis Sportster 72 (kanan) dan Softail Slim di Juru Auto City, semalam. - BERNAMA

BUKIT MERTAJAM 16 Sept. - Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd., pengedar rasmi motosikal Harley-Davidson di Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 350 unit motosikal berkenaan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin berkata, sasaran jualan itu adalah meliputi jualan di seluruh negara.

"Pada tahun depan, kita juga menyasarkan kenaikan jualan sebanyak 20 peratus daripada jumlah sasaran jualan tahun ini. Bagaimanapun, ia bergantung kepada jumlah stok yang terdapat di Harley-Davidson.

"Ini kerana kadang-kadang kita juga berdepan dengan masalah bekalan motosikal," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian bilik pameran yang kedua Harley-Davidson di Malaysia.

Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Bagi bilik pameran yang berkeluasan 8,000 kaki persegi itu, Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. telah membelanjakan sebanyak RM2 juta.

SM Zulkifli berkata, bilik pameran yang terbesar di semenanjung itu turut menyediakan kemudahan bengkel membaiki motosikal, kedai aksesori dan menjual motosikal.

Bilik pameran yang terletak di Autocity Juru itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 9 malam, manakala waktu operasi bagi perkhidmatan bengkel membaiki motosikal pula adalah pada pukul 10 pagi hingga 6 petang. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.