ARKIB : 29/08/2012
IHH untung RM250 juta hingga Jun
KUALA LUMPUR 28 Ogos - IHH Healthcare Bhd. (IHH) merekodkan peningkatan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 35 peratus kepada RM250.3 juta bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2012.
IHH turut mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 65 peratus kepada RM2.8 bilion berbanding RM1.7 bilion untuk tempoh yang sama.
Jumlah perolehan tersebut tidak termasuk hasil daripada penjualan hospital Mount Elizabeth Novena di Singapura.
Pengerusi IHH, Tan Sri Abu Bakar Suleiman berkata, pihaknya berpuas hati dengan pencapaian itu terutama dengan penyenaraian berkembar di Malaysia dan Singapura yang mengukuhkan lagi kedudukan kunci kira-kira dan prestasi operasi
"Bergerak ke hadapan, kami menjangkakan pendapatan akan terus berkembang ekoran pertumbuhan perolehan penjimatan kos.
"Kami yakin IHH akan terus memberikan nilai kepada pemegang saham dan pelabur," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi kewangan IHH bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2012.
Hadir sama Pengarah Urusannya, Dr. Lim Cheok Peng dan Ketua Pegawai Kewangan Pantai Parkway Limited, Tan See Haw.
Sementara itu, Cheok Peng berkata, prestasi yang ditunjukkan itu disebabkan peningkatan permintaan penjagaan kesihatan berkualiti yang disediakan IHH.
"Kami menyaksikan pertumbuhan bagi Kumpulan bagi kemasukan pesakit, kes kesihatan kompleks dan peningkatan penyertaan pelajar dalam program pendidikan.
"IHH komited untuk memanfaatkan skala dan kedudukan pasaran kami untuk meneroka peluang dan mengembangkan capaian dalam pasaran," jelasnya.
Bergerak ke hadapan, IHH akan terus berkembang di pasaran tempatan seperti di Malaysia, Singapura dan Turki termasuk meningkatkan jumlah katil di seluruh rangkaian serta pengambilan alih terpilih.
Kumpulan juga akan sedang meninjau peluang di China, India dan Hong Kong serta beberapa kawasan di Asia, Eropah Tengah dan Timur, Asia Barat dan Afrika Utara, katanya.
AEON Credit jangka untung naik
MOSTI lancar SME's Innovate
Penyatuan operasi ING Group, AIA Bhd. selesai dalam enam bulan
SWM labur RM300 juta beli 700 kenderaan
Kemudahan Hypp TV di Kelantan
Limpahan kontrak Jepun
Mainstay mahu tembusi pasaran Eropah
Affin bida ambil alih Hwang-DBS
Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi di Pekan
RMF perkenal produk keenam - S-Series
ASM Investment sasar unit amanah syariah sepenuhnya
UEM Sunrise fokus tempatan
Che Khalib dilantik Pengarah Urusan baharu MMC
KWSP komited labur dalam syarikat bermodal sederhana
Hard Rock sasar 60 negara
Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013
Glomac sasar jualan RM900j
Nomad yakin sambutan pejabat
Maxis sasar jual 30,000 unit telefon pintar TRW
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










