ARKIB : 27/08/2012
RMSB sasar jual 2,000 basikal elektrik
PUTRAJAYA 26 Ogos - Revolution Manufacturing Sdn. Bhd. (RMSB) yakin mampu menjual 2,000 buah basikal elektrik keluarannya pada akhir tahun ini.
Pengarah Pembangunan Perniagaan RMSB, S Selvaratnam berkata, sasaran tersebut mampu dicapai kerana RMSB telah bekerjasama dengan SIRIM Bhd. dan Universiti Malaya (UM) untuk menghasilkan basikal elektrik pada harga berpatutuan, mesra alam dan memenuhi syarat Kementerian Pengangkutan untuk pasaran tempatan dan luar negara.
''Walaupun basikal elektrik buatan China menguasai pasaran tempatan kerana harganya murah tetapi saya percaya majoriti masyarakat kita sedar kualiti basikal elektrik dari negara itu.
''Saya difahamkan walaupun ramai pernah menggunakannya tetapi terpaksa simpannya dalam bilik stor kerana tidak boleh mendapatkan alat ganti apabila rosak.
''Rakyat Malaysia kini mementingkan kualiti dan mahukan kemudahan perkhidmatan selepas jualan dan RMSB boleh membekal alat ganti yang secukupnya melalui kilang di Dengkil, Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan pelancaran model baru basikal elektrik Neutron dan Nucleas oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Abdul Ghani Ahmad di sini hari ini.
Basikal Neutron dijual pada harga RM3,920 manakala Nucleas berharga RM4,830.
Basikal tersebut menggunakan bateri berkualiti tinggi dan menjanjikan perjalanan yang selesa kepada pengguna.
RMSB merupakan pengeluar basikal elektrik, motosikal hibrid, buggy elektrik, bot elektrik dan kerusi roda elektrik berjenama Gwheel sejak 2004 dan kini ia menawarkan lapan model basikal elektrik di pasaran.
Selvaratnam berkata, RMSB akan memberi tumpuan terhadap pasaran tempatan memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia berminat untuk berbasikal.
''Walaupun kami berminat untuk memperluaskan ke pasaran luar negara tetapi buat masa ini, ada baiknya kita fokus dan stabilkan dulu kedudukan kita di pasaran tempatan," katanya.
Selain itu, beliau berkata, RMSB merancang untuk menghasilkan bateri untuk basikal elektrik sendiri sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan harga produk itu di pasaran.
''Bateri yang digunakan sekarang dibuat di Korea dan mengikut spesifikasi SIRIM Bhd,".
Sehubungan itu, kami mahu menghasilkan bateri sendiri untuk mengurangkan harga basikal elektrik," katanya.
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









