ARKIB : 16/08/2012
CIMB untung RM2.12 bilion
KUALA LUMPUR 15 Ogos - CIMB Group Holding Bhd. (CIMB) merekodkan keuntungan bersih tertinggi sebanyak RM2.12 bilion, meningkat 12.3 peratus bagi tempoh separuh pertama tahun ini
Perolehan kumpulan pula bertambah 15.3 peratus berbanding tahun sebelumnya berjumlah RM6.581 bilion bilion, manakala keuntungan sebelum cukai meningkat 11.9 peratus kepada RM2.811 bilion.
Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Modh. Nazir Razak berkata, pencapaian tersebut disumbangkan oleh prestasi baik CIMB Niaga dan CIMB Singapura.
"Selain itu, bahagian Perbankan Korporat dan Pasaran Perbendaharaan (CBTM) mencatatkan pertumbuhan luar jangka untuk tempoh berkenaan.
"Secara keseluruhan, bahagian perniagaan utama kukuh untuk menyerap peningkatan kos operasi dan kos kredit," katanya pada pengumuman prestasi kewangan separuh pertama CIMB, di sini hari ini.
Menurut Nazir, ROE meningkat 16 peratus dan kumpulan bersetuju mengumumkan dividen sebanyak lima sen yang membawa kepada pembayaran bersih sebanyak RM372 juta.
Walaupun perniagaan di Malaysia , Indonesia dan Singapura mencatatkan pertumbuhan yang baik tetapi perniagaan di Thailand telah mencatatkan kerugian RM4 juta disebabkan pengenalan dasar baru deposit insurans oleh kerajaan tempatan.
Manakala CIMB Islamic turut mencatatkan penurunan keuntungan sebanyak 8.5 peratus kepada RM242 juta disebabkan peruntukan yang tinggi.
"Jumlah deposit pula meningkat 23 peratus kepada RM28.5 bilion untuk tempoh berkenaan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai status pengambilalihan The Royal Bank of Scotland (RBS) di rantau ini, beliau berkata, proses berkenaan berjalan mengikut jadual kecuali operasi di Australia, Korea dan India.
"Operasi di Korea dan India memerlukan pengoperasian baru dengan dua pilihan iaitu sama ada memohon lesen baru atau membeli lesen sedia ada di pasaran.
"Rundingan masih dijalankan untuk RBS Morgan di Australia dan mungkin akan memakan sedikit masa," jelasnya.
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









