ARKIB : 15/08/2012
Habib Jewels cawangan baru di Alor Setar
ALOR SETAR 14 Ogos - Demi memenuhi permintaan penggemar barangan perhiasan emas dan berlian di bandar raya ini, Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewels) membuka cawangan barunya di Mydin Mall Taman Saga di sini.
Cawangan Habib Jewels yang ke-29 itu mula beroperasi hari ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, sekali gus memberi peluang kepada para pelanggan mendapatkan koleksi terbaru daripada jenama barang kemas terkemuka negara itu.
Pengarah Urusannya, Datuk Meer Habib berkata, keputusan untuk melebarkan sayap ke utara tanah air itu dibuat setelah melihat perkembangan positif dari segi jualan termasuk permintaan daripada penduduk negeri ini terutama di kalangan wanita.
"Sudah tiba masanya Habib Jewels membuka cawangan di bandar raya ini. Berdasarkan daripada maklum balas yang diterima oleh pihak saya penduduk di negeri ini sangat berharap agar Habib Jewels membuka cawangannya di sini.
"Selalunya mereka terpaksa pergi sehingga ke Sungai Petani atau Pulau Pinang untuk mendapatkan barangan kemas dari Habib Jewels tetapi kini kami sudah tiba di sini. Alhamdulillah berdasarkan sambutan hari pembukaan ia amat menggalakkan," katanya ketika ditemui di cawangan tersebut hari ini.
Alor Setar merupakan cawangan Habib Jewels yang kedua di Kedah selepas Sungai Petani dan sehingga kini mempunyai 29 cawangan termasuk di Sabah dan Sarawak.
Menurut Meer lagi, pembukaan cawangan baru sempena Aidilfitri ini itu sangat tepat pada masanya kerana Habib Jewels turut mengadakan promosi raya melalui kempen Rantaian Kasih.
"Kempen ini mendapat sambutan menggalakkan di semua cawangan. Orang di Kedah ini sangat bernasib baik kerana kebanyakan koleksi dipamerkan sini adalah yang paling baru dalam kempen tersebut yang menampilkan rekaan sangat menarik termasuk berunsurkan Itali," katanya lagi.
Beliau turut menjelaskan, sempena Aidilfitri dan pembukaan cawangan baru itu, pelanggan Habib Jewels akan menikmati potongan menarik untuk barangan perhiasan emas dan berlian.
Meer juga percaya pembukaan cawangan baharu itu mampu melonjakkan lagi jualan produk Habib Jewels.
"Namun apa yang lebih penting pelanggan di sini memperoleh apa yang ditawarkan oleh Habib Jewels bukan sekadar sebagai perhiasan diri tetapi juga pelaburan," katanya.
Pihaknya juga mempercayai harga pasaran emas akan terus kukuh pada masa hadapan dan menasihatkan agar orang ramai melakukan pelaburan dengan membeli barangan perhiasan emas.
Kesatuan saran KTMB laksana model perniagaan baru
Sasar raih projek bernilai RM1.5b
MAHB sasar operasi klia2 bermula 2 Mei 2014
AEON Credit jangka untung naik
MOSTI lancar SME's Innovate
Penyatuan operasi ING Group, AIA Bhd. selesai dalam enam bulan
SWM labur RM300 juta beli 700 kenderaan
Kemudahan Hypp TV di Kelantan
Limpahan kontrak Jepun
Mainstay mahu tembusi pasaran Eropah
Affin bida ambil alih Hwang-DBS
Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi di Pekan
RMF perkenal produk keenam - S-Series
ASM Investment sasar unit amanah syariah sepenuhnya
UEM Sunrise fokus tempatan
Che Khalib dilantik Pengarah Urusan baharu MMC
KWSP komited labur dalam syarikat bermodal sederhana
Hard Rock sasar 60 negara
Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










