VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 14/08/2012

RF TEMS siapkan 80% pakej pertama

KUANTAN 13 Ogos - RF TEMS Sdn. Bhd. (RF TEMS) hari ini melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghantar kargo seberat 34 tan buat pertama kali ke pelantar minyak di Kerteh, Terengganu melalui Pelabuhan Kuantan di sini.

Pengarah Urusannya, Ir. Rasidi Norman berkata, RF TEMS yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan penyelenggaraan sejak 2005 dalam industri minyak dan gas di negara ini berjaya memperoleh projek daripada Shapadu dan ExxonMobil untuk membuat struktur platform Tapis iaitu dinding pelantar minyak di perairan laut.

" Projek yang diberi nama Tapis Enhanced Oil Recovery Brownfield Modification and Retrofits yang melibatkan dua pakej bernilai RM10 juta iaitu melibatkan projek bagi pelantar minyak Tapis A, Tapis C, Tapis D, Tapis E dan Tapis P.

"Justeru, hari ini kita berjaya menyiapkan hampir 80 peratus daripada keseluruhan projek dari pakej pertama itu," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penghantaran Kargo Pertama ke Pelabuhan Kuantan di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

Menurut Rasidi, kargo pertama itu merupakan alat pelindung dikenali dengan nama riser guard bagi paip utama yang menyedut minyak mentah atau gas yang terdapat di dasar laut.

"Alat pelindung paip utama ini akan dilekatkan di pelantar minyak tersebut," jelasnya.

Katanya, kejayaan menyiapkan struktur berkenaan yang bernilai antara RM500,000 hingga RM1 juta setiap satu merupakan satu kebanggaan bagi syarikat berskala kecil seperti mereka.

"Bagi melancarkan proses penghantaran struktur berkenaan yang mempunyai ketinggian 3.453 meter, 10.882 meter lebar dan 13.929 panjang, pihak kami terpaksa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Pelabuhan Kuantan dan agensi berkaitan seperti Tenaga Nasional Berhad.

"Memandangkan saiz kargo yang besar, beberapa batang tiang dan pagar atau halangan di persekitaran terpaksa dicabut," jelasnya.

Tambahnya, perjalanan sejauh 13 kilometer itu mengambil masa kira-kira satu setengah jam ekoran terpaksa menempuh pelbagai halangan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.