ARKIB : 11/08/2012
Diskaun sehingga 50% sempena Jualan Fiesta Raya Al-Ikhsan
JOHOR BAHRU 10 Ogos - Penggemar pelbagai barangan sukan kini boleh menikmati diskaun antara 10 hingga 50 peratus sempena Jualan Fiesta Raya di syarikat pengedar produk sukan terkenal, Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. (Al-Ikhsan) di seluruh negara.
Jualan tersebut yang bermula sejak 21 Julai lalu hingga lewat malam 18 Ogos ini turut memberikan diskaun antara lima hingga 10 peratus bagi produk baru yang berada dalam pasaran.
Ketua Pegawai operasinya, Yuremy Mohd. Nor berkata, terdapat pelbagai barangan terpilih yang ditawarkan diskaun sehingga 80 peratus di cawangan Al-Ikhsan Factory Store.
"Kami juga akan memberikan diskaun istimewa bagi produk-produk berjenama yang dibuat khas untuk Al-Ikhsan selain hadiah sampul duit raya dan buah kurma sepanjang Jualan Fiesta Raya ini," katanya di cawangan Al-Ikhsan, Aeon Jusco Tebrau di sini semalam.
Turut hadir Pengerus Operasi Al-Ikhsan, Istighfar Hamidon dan Pengurus Pemasaran, Hamdan Sabie.
Yuremy memberitahu, pihaknya turut mengediakan pakej jualan murah seperti 'Hot Price' RM99 dan 'Hot Price' RM69-RM99.
Menurutnya, Al-Ikhsan merupakan pengedar barangan jenama terkenal antaranya, Adidas, Puma, Nike dan Umbro.
"Sekiranya terdapat barang tiruan yang dijual, Al-Ikhsan akan membayar dua kali ganda dari harga barangan tersebut. Itulah janji Al-Ikhsan kepada semua pelanggan," katanya.
Yuremy berkata, Al-ikhsan telah diiktiraf sebagai Gedung Sukan Ke-80 terbesar dunia pada tahun lalu oleh 'Sporting Goods Inteligence' dan kini mempunyai 117 cawangan di seluruh negara dan 26 daripadanya di Johor.
Pada bulan depan, Al-Ikhsan akan mempunyai dua lagi cawangan iaitu di Legoland Malaysia, di sini dan Tesco Mutiara Damansara, Selangor.
"Pada tahun 2015, Al-Ikhsan menyasarkan pembukaan sehingga 200 cawangan di seluruh negara," katanya.
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









