ARKIB : 11/08/2012
ETCM perkenal Nissan Almera 1.5 suku keempat 2012
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Pengedar tunggal kenderaan Nissan, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) menyasarkan kenderaan sedan segmen B yang akan diperkenalkannya, Nissan Almera akan menjadi peneraju pasaran bagi segmen itu di Malaysia, tahun depan.
Nissan Almera yang didatangkan dengan keupayaan enjin 1.5 liter serta transmisi manual dan automatik, akan diperkenalkan pada suku keempat tahun ini.
Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng berkata, pengeluaran bagi kenderaan pemasangan komponen terurai (CKD) itu dijangka bermula bulan ini.
Katanya, penghantaran model itu pula akan dibuat pada akhir tahun ini.
"Pemasangan CKD Nissan Almera akan dijalankan di kilang pemasangan CKD ETCM di Serendah, Selangor.
"Kos pelaburan pemasangan kenderaan itu adalah kira-kira RM10 juta hingga RM15 juta," katanya pada majlis pra pelancaran kepada media Nissan Almera di sini hari ini.
Nissan Almera merupakan kenderaan segmen B paling laris jualannya bagi syarikat Nissan di peringkat dunia setakat ini.
Sebanyak 460,000 buah Nissan Almera telah terjual di dunia sejak ia dilancarkan pada tahun 2010.
China mencatatkan jualan Nissan Almera sebanyak 15,000 buah sebulan manakala jualan di Thailand antara 7,000 hingga 8,000 buah sebulan.
Ditanya harga yang akan diperkenalkan ETCM bagi model tersebut, jelas Bong Beng, ia dijangka ditawarkan dalam lingkungan harga RM70,000 hingga RM85,000.
Malah, kata Bon Beng, kenderaan itu disasarkan untuk semua golongan termasuk golongan muda.
ETCM juga telah mula membuka tempahan minat kepada para pelanggan bermula hari ini dan tempahan pembelian pula akan diumumkan tidak lama lagi, katanya.
Tambah beliau, pihaknya turut yakin Nissan Almera akan menjadi penyumbang jualan terbesar ETCM pada masa akan datang.
"Setakat ini, Nissan Grand Livina adalah merupakan penyumbang jualan terbesar ETCM," ujarnya.
Mengenai ramalan jualan pada separuh kedua, menurut beliau, pasaran dijangka lebih baik berbanding pada separuh pertama.
Jelasnya, telah berlaku pemulihan sepenuhnya stok simpanan kenderaan di Thailand akibat banjir selain pasaran ekonomi negara yang lebih baik.
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









