ARKIB : 09/08/2012
Celcom perkenalkan WiFi mudah alih, PortaWiFi
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Celcom Axiata Bhd. (Celcom) menjangka pelanggan perkhidmatan jalur lebar mudah alihnya mencecah sejuta orang pada akhir tahun ini.
Sasaran tersebut mampu dicapai menerusi pelbagai produk terbaru serta peningkatan kualiti liputannya.
Ketua Operasi Celcom (Data Lanjutan), Afizulazha Abdullah berkata, setakat suku pertama tahun kewangannya berakhir 31 Mac 2012, penggunanya berjumlah 957,000.
Terdahulu, Celcom menjalinkan kerjasama dengan pengeluar peranti telekomunikasi dari China bagi memperkenalkan perkhidmatan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) yang boleh dibawa ke mana-mana, iaitu PortaWiFi.
Berbeza dengan jalur lebar mudah alih biasa yang hanya boleh digunakan untuk satu peranti, PortaWiFi merupakan modem yang boleh dipasang di mana-mana seperti di dalam kereta, rumah serta komputer persendirian yang mempunyai USB atau dijana menggunakan elektrik.
Modem mudah alih itu seterusnya akan mewujudkan hotspot sehingga membolehkan lima peranti menggunakannya dalam satu-satu masa.
Jarak liputannya boleh mencecah sehingga 50 meter.
Kata Afizulazha, beliau menjangka PortaWiFi bakal mendapat sambutan menjelang perayaan Aidilfitri pertengahan bulan ini, yang mana pengguna Internet tegar sentiasa bergerak ke lokasi yang berbeza dalam tempoh tersebut.
"Kami mengambil masa selama tiga bulan untuk menguji perkhidmatan ini bersama Huawei. Malah ia turut diuji sehingga ke Sarawak dan kawasan luar bandar, selain bandar-bandar utama.
"Ia tepat pada masanya apabila Celcom sedia menawarkan piawaian telekomunikasi mudah alih generasi keempat (4G) kepada para pelanggannya melalui teknologi evolusi jangka panjang (LTE)," katanya pada majlis pengenalan PortaWiFi di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah Pemasaran Serantau Peranti Pasifik Selatan Huawei, Riadi Sugihtani dan dan Naib Presiden Pemasaran Akses dan Peranti (Data Lanjutan) Celcom, Harcharan Singh.
Dalam pada itu, beliau tidak merasakan PortaWiFi akan menjejaskan perniagaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih persendirian kerana profil pelanggan dan corak penggunanya yang berbeza.
PortaWiFi menawarkan pelbagai pakej bayaran bulanan serendah RM68.
Kesatuan saran KTMB laksana model perniagaan baru
Sasar raih projek bernilai RM1.5b
MAHB sasar operasi klia2 bermula 2 Mei 2014
AEON Credit jangka untung naik
MOSTI lancar SME's Innovate
Penyatuan operasi ING Group, AIA Bhd. selesai dalam enam bulan
SWM labur RM300 juta beli 700 kenderaan
Kemudahan Hypp TV di Kelantan
Limpahan kontrak Jepun
Mainstay mahu tembusi pasaran Eropah
Affin bida ambil alih Hwang-DBS
Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi di Pekan
RMF perkenal produk keenam - S-Series
ASM Investment sasar unit amanah syariah sepenuhnya
UEM Sunrise fokus tempatan
Che Khalib dilantik Pengarah Urusan baharu MMC
KWSP komited labur dalam syarikat bermodal sederhana
Hard Rock sasar 60 negara
Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










