ARKIB : 04/08/2012
DiGi tambah 10 lagi negara perayauan Internet
KUALA LUMPUR 3 Ogos - DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) telah menambah 10 lagi negara perayauan baru iaitu di Macau, Pakistan, Bangladesh, New Zealand, Poland, Slovakia, Hungary, Serbia, Sepanyol dan Brazil.
Menurut satu kenyataan akhbar, syarikat itu berkata, perayauan Internet tanpa had TravelSure Digi itu akan menambah kepada senarai rangkaian sedia adanya pada masa ini.
Ketua Pegawai Pemasaran, Albern Murty berkata, perkhidmatan itu membolehkan pelanggan yang keluar negara menikmati caj data dengan kadar tetap serendah RM36 sehari bagi rangkaian terpilih.
Sementara itu, DiGi juga mengumumkan berkuatkuasa 1 Ogos lalu, pengurusan kanan Digi termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya dilantik sebagai duta kepada perkhidmatan perayauan antarabangsa.
Menurut DiGi, pemilihan duta yang luar biasa itu disebabkan syarikat telekomunikasi tersebut mahu melakukan sesuatu yang berbeza.
"Setiap kakitangan DiGi serta barisan pengurusan kanan adalah duta jenama ini, kami akan menggunakan peluang ini untuk berurusan dengan pelanggan apabila mereka ke luar negara," kata Murty.
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









