ARKIB : 04/08/2012
Kilang gelatin halal pertama dibina
BUKIT MERTAJAM 3 Julai - Nasmir Holding (P.P) Sdn. Bhd., akan membuka kilang gelatin halal pertama di Batu Kawan di sini dalam usaha mengeluarkan produk gelatin halal di negara ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak berkata, kilang itu akan dibuka dalam tempoh dua tahun selepas pihaknya siap menjalankan kajian mengenai teknologi dari negara mana yang akan digunakan, sama ada dari Brazil, India dan Iran.
Katanya, kilang itu perlu dibina kerana negara sekarang terpaksa mengimport gelatin dari negara luar yang tidak dapat dipastikan status halalnya.
Beliau berkata, gelatin yang dihasilkan itu menggunakan tulang binatang ternakan yang boleh diimport di beberapa negara yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Kajian yang dibuat mendapati tulang binatang yang ada di negara ini tidak cukup bagi menampung permintaan dalam menghasilkan gelatin.
"Ini kerana negara kira mengimport 70 peratus daging lembu dari negara luar dan hanya 30 peratus bekalan daging dari negara ini. Ia tidak mencukupi untuk menghasilkan gelatin," katanya di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan Aidilfitri kepada 700 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin di Auto City, Juru dekat sini.
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









