ARKIB : 04/08/2012
Kad Touch 'n Go cecah 1.4 juta
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Touch 'n Go Sdn Bhd (TnG), penyedia sistem pembayaran elektronik, yakin jualan kad prabayar itu akan mencecah 1.4 juta tahun ini berbanding 1.3 juta kad yang dijual tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Karim Md. Lassim berkata, banyak jualan generik dilakukan sepanjang tahun menerusi kempen dan acara bagi mencapai sasaran itu.
"Menurut perangkaan, jumlah kad baharu yang diterbitkan melebihi 1.3 juta tahun lepas. Menerusi kad Japan Super GT dan kempen Edisi Terhad Doraemon TnG yang dijalankan tahun lepas serta kempen-kempen akan datang, saya yakin bilangan itu akan meningkat," katanya kepada pemberita selepa melancarkan Kempen Ramadan "Be Prepared" Panadol.
Beliau berkata, selain kempen dan acara, TnG memperuntukkan 10 peratus daripada perolehan tahunannya untuk perbelanjaan pengiklanan bagi meningkatkan permintaan untuk kad TnG.
Kempen "Be Prepared" yang dijalankan oleh TnG dan GlaxoSmithKlien, dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia itu menawarkan kad-kad TnG bernilai setengah juta ringgit kepada pengguna agar bebas tekanan semasa balik kampung. - BERNAMA
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









