ARKIB : 03/08/2012
Pusat Econation Panasonic
PETALING JAYA 2 Ogos - Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. (Panasonic) telah melabur sehingga RM4 juta bagi membina Pusat Econation di Seksyen 16, Petaling Jaya untuk mempamerkan pelbagai bentuk penyelesaian terkini rumah, bangunan, pejabat, kilang dan perbandaran.
Pengarah Urusannya, Jeff Lee berkata, pelaburan tersebut bukan sahaja untuk membina pusat tersebut tetapi meliputi semua perkara termasuk publisiti dan pemasangan panel solar.
''Pelaburan di Pusat Econation ini membolehkan Panasonic Malaysia memajukan lagi keupayaan dalam menyediakan hab bagi rakan kongsi kami dan pihak berkepentingan untuk menyatukan kekuatan unik serta penyelesaian mereka dalam merealisasikan cadangan penghijauan dan inovasi masing-masing.
"Pusat ini bukan merupakan pusat pameran produk tetapi sebagai tempat mendidik rakyat Malaysia mengenai tenaga terutama dalam inovasi hijau," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pusat Econation Panasonic di sini hari ini. Hadir sama Ketua Jabatan Penyelesaian Eko Panasonic, Tan Chee Hon.
Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Badaruddin Mahyudin dan Pengerusi Panasonic, Tan Sri Asmat Kamaludin.
Pusat Econation yang pertama seumpamanya di Malaysia memiliki fleksibiliti dan skala untuk Panasonic membangunkan 'bangunan mampan' yang dilengkapi dengan penyelesaian tenaga Panasonic.
Pusat tersebut membolehkan ia berinteraksi dengan unsur-unsur semula jadi bumi seperti cahaya matahari (modul solar 40kWp), air, udara dan bumi.
Ketika ditanya mengenai pengeluaran pertama panel solar dari kilang di Kulim yang bernilai RM1.9 bilion, Lee berkata, ia bakal beroperasi pada awal tahun hadapan.
Lee berkata, Pusat Econation Panasonic akan dibuka kepada kumpulan perniagaan dari Isnin hingga Khamis (10.00 pagi hingga 5.00 petang) Jumaat dan Sabtu kepada orang awam (10.00 pagi hingga 5.00 petang).
Pusat tersebut terletak di 70, Jalan 16/1, Petaling Jaya.
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Altobridge ikat kontrak jalur lebar 3G dengan Maxis
Indah Water ke Afrika
TMIM bincang tentang golongan profesional wanita
Sasar berdikari dari segi kewangan
KFC sasar jualan burger meningkat
Tone Excel, LPKPM jalin kerjasama strategik
Givi Asia buka pusat sehenti di Melaka
Sasar kuasai 10 peratus pasaran
Belum masa terokai pasaran luar
Horizon, Mainstay bangun pusat beli-belah mewah
MBSB sasar tambah 20% deposit
Pinewood tarik produksi tempatan, antarabangsa
Malindo Air bakal ke Sibu, Miri, Tawau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









