VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 02/08/2012

Dua taman tema jadi tarikan pelancong di Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU 1 Ogos - Selepas pembinaan dua produk mega, Legoland Malaysia dan Taman Tema Keluarga Puteri Harbour di Nusajaya di sini, Johor bakal menyaksikan penambahan bilangan taman tema ternama terutama dalam kawasan Iskandar Malaysia.

Legoland Malaysia bakal dibuka September ini merupakan taman tema pertama seumpamanya di Asia, manakala Taman Tema Keluarga Puteri Harbour yang turut menampilkan Taman Tema Hello Kitty, yang pertama dibina di luar Jepun akan dibuka November ini.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim ketika diajukan soalan berhubung penambahan itu berkata, pihaknya sentiasa mengambil kira pelbagai cadangan yang mampu menaikkan nama Iskandar Malaysia.

Ini kerana, katanya, sektor pelancongan turut memainkan peranan penting dalam usaha meletakkan Iskandar Malaysia sebagai kawasan yang bakal menjadi sebuah metropolis kukuh, mapan dan bertaraf antarabangsa.

Ismail berkata, beliau percaya dengan kewujudan pelbagai taman tema terutama yang menawarkan konsep boleh dikunjungi seisi keluarga, mampu menarik jumlah pelancong yang ramai ke negeri ini, sama ada pelancong tempatan atau luar negara.

"Kita percaya ia juga mampu memberi impak positif terhadap kesan limpahan aktiviti pelancongan, selain memperhebatkan kerancakan ekonomi," katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai Taman Tema Keluarga Puteri Harbour di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Datuk Tunku Ahmad Burhanuddin Tunku Adnan; Ketua Pegawai Pembangunannya, Muhammad Zainal Ashikin Muhammad Rejab dan kartunis Lat, Datuk Mohd. Nor Khalid.

Taman tema setinggi empat tingkat yang dibangunkan dengan kos RM115 juta itu menyediakan pengalaman unik dengan menampilkan tarikan karakter kanak-kanak tempatan dan global seperti Lat's Kampung Boy dan Hello Kitty.

Dalam pada itu, Tunku Ahmad Burhanuddin berkata, pembukaan Taman Tema Keluarga Puteri Harbour itu kelak bakal menawarkan lebih 200 peluang pekerjaan, terutama dalam bidang pengurusan pelancongan dan hospitaliti.

"Pihak kami tidak sabar untuk melihat pembukaan taman tema ini yang bakal memberikan pengalaman unik kepada setiap pengunjungnya kerana ia menonjolkan produk tempatan dan global yang terkenal," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.