ARKIB : 01/08/2012
DRB-Hicom guna Honda, Volkswagen ke ASEAN
KUALA LUMPUR 31 Julai - DRB-Hicom Bhd. kini sedang merancang melakukan pengembangan serantau menggunakan Honda dan Volkswagen sebagai batu loncatannya, kata HWANGDBS Vickers Research Sdn Bhd.
Dalam satu nota penyelidikan, HWANGDBS Vickers berkata, keputusan Honda Jepun menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran serantaunya bagi kenderaan hibrid kena pada masanya, kerana ia menjangka mendapat aliran insentif bagi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di dalam Dasar Automotif Negara (NAP).
Sementara itu, kapasiti Volkswagen di Pekan (Pahang) akan dipertingkatkan secara progresif sehingga 50,000 unit antara 2017 hingga 2018, yang membuka jalan bagi pengeksportan ke pasaran ASEAN.
Tiga variasi - iaitu Passat, Jetta dan Polo - akan dikeluarkan yang menjadikan Malaysia hab serantau bagi kenderaan penumpang.
Mengenai urus niaga pertahanan DRB-Hicom, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) kini bersedia melancarkan prototaip pertama 247 unit kenderaan berperisai pada tahun depan, yang membolehkan pencapaian pendapatan kukuh dari kontrak RM7.55 bilionnya mulai dari tahun kewangan 2014.
Syarikat penyelidikan itu juga melihat Deftech menjadi pemangkin berpotensi kumpulan itu, jika ia menyandarkan perkongsiannya dengan SAAB AB, dari Sweden, bagi mendapatkan kontrak membekalkan Sistem Amaran dan Kawalan Awal Udara kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
HWANGDBS Vickers mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham DRB-Hicom dengan harga sasaran RM3.35. - BERNAMA
Insurans untuk pembeli tiket
SME Bank jalin kerjasama dengan DAMU Fund
KPJ sasar RM1.3 bilion 2013
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









