ARKIB : 31/07/2012
Maybank yakin dikecualikan peraturan baru BI
KUALA LUMPUR 30 Julai - Malayan Banking Bhd. (Maybank) yakin layak untuk menerima pengecualian selepas Bank Indonesia (BI) mengumumkan peraturan baru yang mengehadkan pegangan asing dalam bank-bank negara itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pihaknya yakin dapat mengekalkan pegangan kepentingan dalam Bank International Indonesia (BII) walaupun peraturan baru mengenai pemilikan asing diperkenalkan.
"Pihak kami sedang berhubung dengan pihak BI semula bagi mendapatkan penjelasan sewajarnya berkaitan peraturan baru dan yakin dapat mengekalkan pegangan.
"Sebelum ini, garis panduan dari BI telah menetapkan pemegang kepentingan terbesar dalam bank-bank sedia ada di Indonesia yang mengekalkan tadbir urus baik boleh terus memegang saham-saham mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memeterai perjanjian lima tahun sebagai bank runcit rasmi untuk Legoland Malaysia di sini hari ini.
Hadir sama Pengurus Besar Legoland, Sigfried Boerst, Ketua Pegawai Pemasaran Maybank, Mohamed Adam Abdullah dan Pengarah Pemasaran dan Jualan Legoland, Thila Munusamy.
Maybank pada masa ini menguasai 97 peratus kepentingan dalam BII.
Baru-baru ini, BI telah memperkenalkan garis panduan baru terhadap pemilikan asing dalam bank-bank di Indonesia kepada 40 peratus sahaja.
Garis panduan itu telah mengehadkan pemilikan baru oleh institusi kewangan kepada 40 peratus, 30 peratus bagi bukan institusi kewangan dan 20 peratus kepada individu atau keluarga.
BI berkata, garis panduan itu berkuatkuasa pada 13 Julai dan bank-bank milik negara dan yang sedang mengalami pemulihan terkecuali dari peraturan baru itu.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









