ARKIB : 30/07/2012
Era baru Mitsubishi Mirage
PENGGUNAAN minyak yang efisien dan mesra alam sekitar merupakan elemen utama bagi kereta kompak global terbaru, Mitsubishi Mirage yang dipandu uji penulis baru-baru ini.
Kereta tersebut hanya seberat 830 kilogram (kg) dan 865 kg, bergantung kepada transmisi dan varian yang dipilih - mampu menyumbang kepada penggunaan minyak yang efisien serta membebaskan karbon dioksida yang lebih rendah berbanding kenderaan dalam kelas sama.
Kereta yang dianugerahkan status kereta-eko di Thailand yang membawa kepada pelbagai insentif dan pengurangan cukai kepada pengeluar telah berjaya mendapat tempahan lebih 23,000 sejak dilancarkan pada Mac lalu.
Antara ciri utama sebagai sebuah kereta-eko ialah penjimatan penggunaan minyak. Ia dibuktikan dengan hanya menggunakan lima liter bahan api, kereta itu dapat bergerak sejauh 100 km dan mengikuti tahap pengeluaran Euro 4.
Mirage yang juga dikenali sebagai 'Global Small' menggunakan enjin Mivec 12 injap yang berkapasiti 1.2 liter pula mampu bergerak sejauh 22 kilometer (km) dengan hanya menggunakan seliter bahan api atau 100 km dengan 4.5 liter bahan api.
Enjin yang menggunakan tiga silinder itu mampu mengeluarkan kuasa maksimum dan dikatakan mampu memecut sehingga 180 kilometer sejam (km/j).
Walaupun dikategorikan kenderaan kompak, ruang dalamannya memberi keselesaan kepada lima penumpang dewasa dan mempunyai ruang but yang luas.
Penulis bertuah kerana berpeluang memandu uji kenderaan itu di Litar Bira bersama rombongan media Malaysia serta melawat tempat pemasangan jentera itu di Laem Chabang Industrial Estate, Chonburi, Thailand, baru-baru ini.
Pada sesi pandu uji itu, penulis berpeluang memandu dua model iaitu menggunakan transmisi manual dan automatik untuk mengelilingi litar berkenaan.
Ketika memandu Mitsubishi Mirage transmisi manual lima kelajuan, penulis teruja kerana sebaik memasuki gear satu, kenderaan ini terasa ringan untuk memecut selain mudah dikendalikan.
Tempat duduknya selesa dengan cermin hadapan yang memberi pandangan luas serta kedapan bunyi dalam ruang kabinnya yang senyap.
Manakala bagi Mirage yang menggunakan Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT) pula memberikan kuasa tork yang tinggi sedikit sebelum memberi kuasa pecutan dengan penggunaan bahan api secara optimum.
Sementara itu, penulis juga berperluang mengunjungi kilang pemasangan Mitsubishi Mirage yang baru dibina bagi pasaran tempatan dan luar negara.
Selain Mitsubishi Mirage, terdapat juga kilang memasang beberapa model lain seperti Mitsubishi Pajero Sport, Triton dan Lancer EX.
Menurut Ketua Pegawai Ekselutif Mitsubushi Motors Malaysia Sdn. Bhd., Tetsuya Oda baru-baru ini menyatakan bahawa dijangka Mirage mula berada di pasaran tempatan pada Disember tahun ini.
Namun, harga jualan kereta tersebut hanya akan diumumkan ketika pelancarannya nanti.
AEON Credit jangka untung naik
MOSTI lancar SME's Innovate
Penyatuan operasi ING Group, AIA Bhd. selesai dalam enam bulan
SWM labur RM300 juta beli 700 kenderaan
Kemudahan Hypp TV di Kelantan
Limpahan kontrak Jepun
Mainstay mahu tembusi pasaran Eropah
Affin bida ambil alih Hwang-DBS
Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi di Pekan
RMF perkenal produk keenam - S-Series
ASM Investment sasar unit amanah syariah sepenuhnya
UEM Sunrise fokus tempatan
Che Khalib dilantik Pengarah Urusan baharu MMC
KWSP komited labur dalam syarikat bermodal sederhana
Hard Rock sasar 60 negara
Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013
Glomac sasar jualan RM900j
Nomad yakin sambutan pejabat
Maxis sasar jual 30,000 unit telefon pintar TRW
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










