ARKIB : 30/07/2012
Giant, Carrefour tunggu pelabur
KUALA LUMPUR 29 Julai - Syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang mempunyai cabang perniagaan dalam perdagangan runcit dipelawa untuk membeli kepentingan 30 peratus ekuiti dalam GCH Retail (M) Sdn. Bhd., pemilik pasar raya Giant dan Magnificent Diagraph Sdn. Bhd. yang menguasai Carrefour Malaysia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu untuk memastikan pemilik-pemilik pasar raya berkenaan mematuhi syarat yang termaktub dalam Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan Pengedaran 2004, yang menggariskan tatacara kelulusan syarikat asing untuk membuka pasar raya di negara ini.
Menurut beliau, kedua-dua syarikat yang menguasai pasar raya Giant dan Carrefour itu bersikap terbuka dalam pembelian ekuiti mereka, namun sukar untuk mendapatkan pelabur Bumiputera kerana modal berbayarnya terlalu tinggi.
"Giant misalnya, modal berbayarnya melebihi RM1 bilion dan andai syarikat Bumiputera yang mahu ambil alih sekurang-kurangnya perlu melabur sebanyak RM300 juta.
"Kita terpaksa akui pelabur Bumiputera tidak mampu membeli ekuiti Giant dan Carrefour dan usaha itu masih diteruskan dengan menawarkan kepada anak-anak syarikat milik GLC," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Ismail Sabri berkata, meskipun ada anak-anak syarikat GLC yang berminat, mereka pula mahukan jumlah ekuiti yang lebih besar supaya penyertaan mereka tidak dilihat sebagai pelabur senyap sahaja.
Sebaliknya, anak-anak syarikat GLC mahu mengambil bahagian secara aktif kerana pasar raya merupakan perniagaan yang menguntungkan.
"Bukan mudah tetapi kementerian sedang melihat beberapa pendekatan terbaik bagi menyelesaikan perkara ini.
"Apapun, kita akan memastikan ekuiti yang diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera dilaksanakan walaupun terpaksa mengambil masa," tegas beliau.
Katanya, Giant telah diberikan tempoh sehingga 2014 untuk mencari rakan pelaburan bagi memenuhi syarat berkenaan, manakala tempoh itu masih dibincangkan dengan Carrefour.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









