VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 28/07/2012

Perolehan suku kedua MAHB meningkat 14.5 peratus

Bilangan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur meningkat sebanyak 4.7 peratus. - gambar hiasan

SEPANG 27 Julai - Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB) merekodkan perolehan sebanyak RM1.46 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012, iaitu peningkatan sebanyak 14.5 peratus berbanding RM1.28 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) pula meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM418 juta daripada RM407.3 juta pada separuh pertama 2011.

Ketua Pegawai Kewangannya, Faizal Mansor berkata, keuntungan sebelum cukai dan zakat ialah RM295.1 juta meningkat 3.8 peratus berbanding RM284.2 juta pada separuh pertama tahun lepas.

"Peningkatan perolehan operasi oleh MAHB hasil daripada pengukuhan keputusan kewangan terutamanya daripada segmen operasi lapangan terbang yang dipacu oleh permintaan pengembaraan melalui udara yang tinggi.

''Ia merekodkan pertumbuhan sebanyak 4.2 peratus sepanjang enam bulan ini atau seramai 35 juta penumpang yang menggunakan 39 lapangan terbang di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan kewangan bagi suku kedua tahun ini di sini hari ini.

Menurut Faizal, jumlah pergerakan penumpang penerbangan domestik dan antarabangsa masing-masing menunjukkan peningkatan sederhana iaitu sebanyak lima dan 3.5 peratus.

Katanya, jumlah penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkat sebanyak 4.7 peratus manakala untuk terminal utama (MTB)-KLIA dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) masing-masing menunjukkan peningkatan memberangsangkan iaitu 0.5 dan 9.7 peratus.

Mengulas lanjut, Faizal berkata , keuntungan menerusi penerbangan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 16.8 peratus hasil daripada pertambahan penumpang dan pengenalan kadar yang baru.

Katanya, kenaikan itu juga hasil pengenalan insentif penerbangan yang rendah pada separuh pertama tahun ini iaitu kepada RM39.5 juta atau 34.1 peratus berbanding RM60 juta insentif penerbangan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam pada itu, beliau berkata, bidang bukan penerbangan pula mencatatkan peningkatan sebanyak 9.9 peratus kepada RM479.1 juta hasil daripada jualan runcit dan sewa tapak.

"Jualan runcit milik MAHB sendiri meningkat sebanyak 13.2 peratus melalui peningkatan sebanyak 4.1 peratus penumpang kepada RM258.2 juta pada separuh pertama tahun ini.

"Ini disebabkan oleh peningkatan jumlah penumpang dan nilai berbelanja yang tinggi oleh penumpang. Manakala, keuntungan menerusi sewaan tapak, pengiklanan dan segmen komersial lain meningkat 6.3 peratus kepada RM220.9 juta," katanya.

Tambah Faizal, segmen operasi bukan lapangan terbang mencatatkan perolehan sebanyak RM64.6 juta pada separuh pertama tahun ini iaitu penurunan sebanyak 8.7 peratus daripada RM70.8 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, ia berikutan perolehan rendah yang direkodkan melalui projek dan kerja-kerja penyelenggaraan serta segmen pertanian dan hortikultur.

Sementara itu, ditanya mengenai perolehan yang rendah menerusi pelaburan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen, Istanbul, Turki, katanya, ia berikutan lapangan terbang itu baru beroperasi dan memerlukan masa untuk mendapatkan keuntungan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.