ARKIB : 24/07/2012
Tune Talk sasar 1 juta pengguna
KUALA LUMPUR 23 Julai - Tune Talk Sdn. Bhd. menyasarkan satu juta pengguna aktif menjelang akhir tahun daripada 700,000 pada masa ini, berikutan terjalinnya kerjasama dengan rakan telekomunikasi rasmi Asia iaitu kelab bola sepak Inggeris milik tempatan, Queens Park Rangers (QPR).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Lo berkata, syarikat telekomunikasi itu berhasrat memanfaatkan keupayaan pertumbuhan kelab itu, yang telah mendapat sokongan menggalakkan daripada rakyat Malaysia.
"Mengenai rancangan peluasan antarabangsa, kami berharap dapat memasuki Laos, Myanmar dan Indonesia menjelang akhir tahun dan nampaknya, peluang itu amat cerah.
"Susulan daripada kerjasama ini, para pelanggan kami kini boleh mengharapkan kandungan QPR yang eksklusif seperti maklumat terkini perlawanan dan para pemain," kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan kerjasama selama tiga tahun itu.
Para pelanggan Tune Talk layak untuk mendapatkan diskaun bagi barangan pembelian serta pakej berkaitan bola sepak seperti tiket perlawanan, penerbangan dan penginapan. - BERNAMA
AEON Credit jangka untung naik
MOSTI lancar SME's Innovate
Penyatuan operasi ING Group, AIA Bhd. selesai dalam enam bulan
SWM labur RM300 juta beli 700 kenderaan
Kemudahan Hypp TV di Kelantan
Limpahan kontrak Jepun
Mainstay mahu tembusi pasaran Eropah
Affin bida ambil alih Hwang-DBS
Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi di Pekan
RMF perkenal produk keenam - S-Series
ASM Investment sasar unit amanah syariah sepenuhnya
UEM Sunrise fokus tempatan
Che Khalib dilantik Pengarah Urusan baharu MMC
KWSP komited labur dalam syarikat bermodal sederhana
Hard Rock sasar 60 negara
Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013
Glomac sasar jualan RM900j
Nomad yakin sambutan pejabat
Maxis sasar jual 30,000 unit telefon pintar TRW
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










