ARKIB : 23/07/2012
Nestle rancang tingkat pelanggan dewasa Milo
PETALING JAYA 22 Julai - Nestle Products Sdn. Bhd. mahu meningkatkan jumlah pelanggan dewasa bagi minuman malta coklat Milo yang kini hanya 25 peratus sahaja.
Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Minuman dan Kopi, Don Howat berkata, syarikat tersebut melabur wang yang banyak bagi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengeluarkan produk-produk yang bersesuaian dengan golongan dewasa.
"Jenama Milo memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi terutama kepada golongan kanak-kanak yang mewakili 50 peratus daripada keseluruhan pelanggan, jadi pada masa depan, kami mahu memikat pelanggan dewasa pula, " katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Menurut Howat, Nestle telah memperkenalkan beberapa jenis campuran Milo untuk golongan dewasa seperti tinggi fiber, bijirin serta kurang manis.
Jelasnya, walaupun pengedaran produk terbaru itu masih belum meluas, ia sudah mendapat sambutan menggalakkan.
"Kebanyakan peminum Milo dewasa adalah peminum minuman ini semasa kanak-kanak namun mereka mempunyai keperluan dari segi khasiat dan rasa berbanding kanak-kanak.
"Kami juga tidak menolak untuk mengeluarkan lebih banyak produk pada masa akan datang, " katanya.
Menjadi peneraju minuman kesihatan di Malaysia dengan penguasaan pasaran 90 peratus, Howat berkata, Milo telah memberi sumbangan signifikan kepada perolehan perniagaan.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









