VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 23/07/2012

Foodpanda penyelesaian kepada malas memasak, jalan sesak

KUALA LUMPUR 22 Julai - Malas memasak atau tidak mahu keluar makan kerana jalan sesak, kini itu semua bukan alasan untuk terus berlapar.

Kini dengan hanya satu 'klik', orang ramai boleh membuat pesanan makanan dan minuman yang digemari daripada restoran pilihan melalui laman sesawang e-dagang foodpanda.

Pengarah Urusan Foodpanda (M) Sdn. Bhd. (Foodpanda), Achman Srivastava berkata, perkhidmatan penerimaan dan penghantaran makanan itu diperkenalkan di Malaysia oleh Rocket International GmbH, dari Jerman.

Menurut beliau, meskipun baru dimulakan sejak Februari lalu, perniagaan itu sudah mencatatkan peningkatan 10 hingga 15 peratus pelanggan setiap minggu.

Jelasnya, setakat ini pelanggan korporat menjadi pelanggan terbesar Foodpanda.

Katanya, Foodpanda kini sentiasa meningkatkan jumlah restoran yang menjadi rakan niaganya lebih 100 buah dan mahu menambah dengan lebih banyak lagi.

"Perniagaan kami memang bergantung kepada jumlah restoran kerana ia memudahkan orang ramai membuat pilihan.

"Jumlah restoran yang ada masih terlalu kecil kerana sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat memiliki rakan niaga sebanyak 200,000," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Antara restoran yang menjadi rakan niaga Foodpanda ialah Secret Recipe, Chicken Rice Shop, O'Brien, Sushi King, JM Beriyani, Bumbu Desa dan Chicken King.

Beliau berkata, Foodpanda merancang untuk mengumpul sehingga 1,000 restoran sebagai rakan niaga sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

Srivastava menambah, 70 peratus daripada rakan niaga restorannya menawarkan makanan halal.

Katanya, tumpuan Foodpanda kini hanya di Lembah Klang tetapi merancang untuk meluaskan operasi di bandar-bandar besar di Pulau Pinang dan Johor Bahru selepas berjaya 'menakluk' bandar raya ini.

Sementara itu, Pengarah Pemasarannya, Sidney Ng berkata, orang ramai di Lembah Klang boleh menggunakan perkhidmatannya melalui laman web foodpanda.my dan caj penghantaran tertakluk kepada jarak kediaman atau pejabat.

Orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan Foodpanda boleh melayari laman sesawang itu dan penghantaran makanan akan dibuat dalam tempoh 60 minit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.